Macam pelik tapi tutup guna kain basah cara sayur tak cepat layu
PERASAN tak, ada sesetengah jenis sayur yang mudah layu dan cepat rosak walaupun disimpan di dalam peti sejuk?
Lebih mengecewakan, sayur-sayuran tersebut tidak sempat dimasak lagi kerana baharu saja dibeli tidak sampai tiga hari.
Seorang TikToker dikenali sebagai Julia Arif berkongsi perkara itu terjadi kerana teknik penyimpanan yang salah.

Jelasnya, menutup sayur dengan kain basah merupakan cara mudah untuk mengekalkan kesegarannya sehingga berminggu-minggu.
"Kalau sebelum ini saya simpan dalam peti sejuk macam biasa, cepat saja ia bertukar layu dan warna hitam.
MENARIK DIBACA: Air coklat campur buah-buahan cetus letupan rasa dalam mulut, buat penghilang dahaga dalam cuaca panas
MENARIK DIBACA: Bukan main bau dan agak-agak saja! Nak isi cantik ‘check’ 8 perkara ini sebelum beli durian
"Tutup dengan kain basah, sayur-sayuran nampak segar dan cantik selepas seminggu disimpan," kongsinya menerusi hantaran video TikTok.
Malah, dia juga menyarankan kaedah ini digunakan bagi menyimpan sayur yang mudah rosak untuk tahan lebih lama.
"Sesuai sangat kalua nak simpan sayur sensitif dan cepat busuk seperti cili, tomato dan terunh," ujarnya.

Berikut cara menyimpan sayur-sayuran:
1. Basahkan tuala kecil atau kain yang bersih dengan air paip.
2. Seterusnya, perah sedikit untuk kekalkan kelembapan kain.
3. Masukkan sayuran dalam bekas. Kemudian tutupkan ia dengan tuala yang sudah dibasahkan tadi.
4. Akhir sekali, simpan bekas yang diisi sayuran ke dalam peti ais.