Resipi jatuh nombor dua, bermain dengan rasa buat masakan anda jadi sedap
DALAM masakan resipi yang dimasak tidak penting sebaliknya rasa masakan itu menjadi penentu sama ada ia sedap atau sebaliknya.
Disebabkan itu penting bagi menyeimbangkan rasa dalam masakan anda dengan menggunakan bahan perasa seperti garam, gula, cuka atau pun serbuk perasa.
Bagi menyeimbangkan rasa dalam masakan anda, ada beberapa petua boleh membantu untuk memastikan hidangan lebih sedap dan tidak terlalu dominan dengan satu rasa sahaja.
Nak tahu apa tipnya, baca sampai habis ya! Berikut adalah beberapa petua yang boleh dicuba.

1. Gabungan rasa
Manis, masam, masin dan pahit perlu seimbang. Contoh, jika terlalu masin boleh tambah sedikit gula.

2. Rasa semasa memasak
Sesuaikan perasa secara berperingkat untuk mendapat keseimbangan yang tepat. Contohnya, masukkan sedikit garam terlebih dahulu dan kemudian rasa.
Jika kurang baru tambah dan bukannya masuk sekali gus agar tidak terlebih garam dan perlu memasuk bahan lain untuk 'alter' rasanya.
MENARIK DIBACA: Sedapnya macam beli dekat pasar malam, ini rahsia apam balik ‘bersarang’ dan lembut
MENARIK DIBACA:Secawan kopi serendah RM6, ini 5 port kafe harga bajet

3. Garam di akhir masakan
Elak masukkan garam terlalu awal sebaliknya tambahkan bahan perasa itu di akhir bahagian memasak.

4. Herba dan rempah
Tambah sedikit demi sedikit untuk mencipta rasa lebih kompleks dalam masakan anda. Lebih penting rasa herba dan rempah tidak menguasai masakan anda.

5. Elak perasa berlebihan
Elakkan penggunaan perasa terlalu banyak untuk rasa yang lebih seimbang.