Tak boleh telan matcha sebab rasa macam rumput, gyokuro pula lebih manis dan lembut
APABILA sebut sahaja tentang teh hijau, pasti matcha menjadi pilihan pertama yang terlintas di benak fikiran.
Mana tidaknya, serbuk teh hijau tersebut digunakan dalam pelbagai produk makanan mahupun penjaagaan kulit kerana khasiat dimilikinya.
Malah, minuman berasaskan matcha kini sudah dianggap 'mainstream' kerana sangat mudah didapati dimana-mana terutamanya kafe berkonsepkan moden dan hipster.

Pun begitu, rasanya yang terlalu pahit dan 'berumput' mungkin tidak begitu digemari oleh sesetengah orang lebih-lebih lagi apabila diminum tanpa campuran susu atau pemanis.
Buat mereka yang teringin menikmati matcha tetapi ragu dengan rasanya yang terlalu kuat, apa kata anda cuba teh hijau dengan rasa yang jauh lebih sedap iaitu Gyokuro.
Matcha digunakan dalam pelbagai produk makanan dan minuman.
MENARIK DIBACA: Susah betul nak jumpa! Ini 5 kuih tradisional hampir pupus ditelan dek zaman
MENARIK DIBACA: Jangan buang kulit limau... Rahsia kecantikan tanpa kos, boleh dijadikan masker dan toner wajah
Apa itu Gyokuro?
Menurut portal Nio Teas, Gyokuro ialah sejenis teh hijau premium dari Jepun yang melalui proses penanaman khas untuk mengekalkan khasiat dan keaslian rasanya.
Pokok teh gyokuro dilindungi daripada cahaya matahari selama 20 hingga 30 hari sebelum musim tuaian.
Proses ini meningkatkan kandungan L-theanine dan klorofil dalam daun sehingga mengahsilkan rasa manis semula jadi tanpa kepahitan berlebihan.
Seperti yang diketahui, matcha dikisar halus menjadi serbuk dan dikacau bersama air panas menggunakan chasen (pemukul buluh) sebelum ia sedia diminum.

Manakala, cara penyediaan Gyokuro pula memerlukan daun teh direndam dengan air secara perlahan pada suhu yang jauh lebih rendah iaitu sekitar 50 hingga 60°C.
Proses ini bertujuan untuk mengekalkan rasa umami yang menjadi ciri khas Gyokuro bahkan, penyediaannya juga diibaratkan sebagai satu bentuk meditasi.
Cara penyediaan Gyokuro memerlukan daun teh direndam dengan air secara perlahan.