KUALI | Tip & Trik

Papan pemotong kayu pun ada cara menjaganya, cef kongsi petua sapu minyak bebas bakteria dan tahan lama

Lead Image

RATA-rata di dapur rumah masing-masing pasti mempunyai papan pemotong kayu untuk kegunaan harian.

Papan pemotong kayu semakin menjadi pilihan ramai kerana ketahanan dan kualitinya berbanding menggunakan material plastik.

Namun kekuatan dan jangka hayatnya turut bergantung kepada cara menjaganya.

Ketahanan papan pemotong bergantung kepada cara penjagaan individu.

Ramai yang tertanya-tanya cara penjagaan sebenar supaya papan kayu tidak cepat rosak atau berkulat.

Sebenarnya, dengan penjagaan yang betul papan kayu bukan sahaja kelihatan cantik dan tahan lama malah lebih mesra untuk kesihatan serta keselamatan makanan anda.

Jom ketahui lebih lanjut cara menjaga papan kayu agar sentiasa dalam keadaan terbaik seperti yang dikongsi oleh seorang cef dikenali @mikelyn_matius di laman Threads.

Jangan biarkan papan pemotong berada dalam keadaan lembab kerana berpotensi berkulat.

1. Penjagaan rapi setelah selesai penggunaan

Selepas menggunakan papan pemotong kayu, jangan biarkan ia basah atau terdedah dalam keadaan lembap. 

Segera lap papan dengan kain kering untuk mengelakkan kelembapan yang boleh menggalakkan pertumbuhan kulat.

MENARIK DIBACA: Jepun berdepan krisis pengeluaran matcha, harga dijangka melambung

MENARIK DIBACA: Mak-mak kalau di dapur jangan tergopoh-gapah, amal 7 doa ini ketika memasak

Minyak mineral boleh membantu mengekalkan kualiti ketahanan kayu.

2. Penggunaan minyak mineral khas gred makanan 

Untuk memanjangkan hayat penggunaan papan kayu, anda boleh sapukan minyak mineral khas yang boleh didapati di kedai alat dapur atau kedai kayu. 

Lakukan rawatan ini sekali sebulan untuk mengekalkan kualiti kayu agar tetap segar, tidak kering dan mengelakkan retak.

Digalakkan memilih papan pemotong kayu yang solid untuk ketahanan lebih lama.

3. Pilih papan kayu ‘one piece’

Papan kayu yang terbaik adalah yang dibuat daripada satu ketul kayu solid tanpa sambungan. 

Ia dipanggil papan ‘one piece’ kerana lebih tahan lama dan kukuh berbanding papan yang disambung daripada beberapa keping kayu. 

Cari papan pemotong kayu yang solid untuk ketahanan optimum.

Gunakan kertas pasir dan gosok pada permukaan papan pemotong untuk menghasilkan permukaan baru.

4. Cara perbaiki papan yang melengkung

Jika papan kayu pemotong mula melengkung akibat penggunaan lama, jangan dibuang dulu! 

Anda boleh mengembalikan permukaannya yang rata dengan cara menggosok menggunakan kertas pasir kasar. 

Untuk hasil lebih rata dan mudah, balut kertas pasir pada seketul bata dan gosok pada permukaan papan sehingga permukaan baru terdedah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Kecil tapi bahaya kalau termakan, kayu manis ‘ubat’ halau semut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Sakit tak baik-baik, doktor kongsi kebaikan kunyah bunga cengkih legakan batuk

Terhangat