KUALI | Tip & Trik

Kecil tapi bahaya kalau termakan, kayu manis ‘ubat’ halau semut

Lead Image

BENAR belum ada laporan rasmi kes kematian disebabkan termakan semut. 

Namun, tidak bermaksud semut atau nama saintifiknya Camponotus Consobrinus selamat dimakan kerana ia membawa bakteria dan kotoran lain terutama pada bahagian kakinya.

Menurut jurnal National Institutes of Health, semut boleh menjadi pembawa kepada pelbagai jenis termasuk kulat dan bakteria berbahaya Salmonella, E. coli dan Listeria Monocytogenes.

Termakan semut dalam kuantiti banyak atau berulang boleh menyebabkan keracunan makanan, cirit-birit, muntah dan masalah sistem pencernaan.

Makanan dikerumuni semut boleh undang penyakit.

Dari Sudut Pandangan Islam, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memakan semut adalah haram kerana ia termasuk dalam kategori haiwan menjijikkan dan dilarang oleh syarak.

Namun, terdapat pengecualian dalam kes tertentu jika semut masuk tanpa disedari dan termakan secara tidak sengaja dan tidak dapat dielakkan. 

Jadi, jika terjumpa semut dalam minuman atau makanan sebaik-baiknya terus dibuang bagi mengelak risiko kesihatan.

MENARIK DIBACA: Wanita Rusia pelik rakyat Malaysia tak minum santan mentah, katanya rahsia kulit flawless dan otak jadi fokus

MENARIK DIBACA: Tak boleh telan matcha sebab rasa macam rumput, gyokuro pula lebih manis dan lembut 

Sebab itu pastikan makanan dan minuman ditutup rapi dan disimpan dalam bekas kedap udara bagi mengelak didatangi semut.

Tip elak semut adalah dengan meletakkan kulit kayu manis yang mengandungi cinnamaldehyde, sejenis sebatian kimia menghasilkan bau khas kuat dan menyengat.

Bagi manusia, aroma itu menyenangkan tapi tidak untuk semut kerana ia mengganggu sistem komunikasi dan orientasi mereka.

Semut berkomunikasi dan mencari makanan melalui jejak feromon,  bau kayu manis mengganggu atau menutup jejak berkenaan.

Semut tidak gemar aroma kayu manis.

Kajian menunjukkan bahawa kulit kayu manis bersifat semula jadi sebagai penghalau serangga.

Cinnamaldehyde menyebabkan iritasi pada antena dan tubuh semut, membuatkan mereka menjauhkan diri.

Taburan serbuk kayu manis juga menghasilkan tekstur tidak menyenangkan kerana melekat pada kaki dan menyusahkan pergerakan semut.

Kaedah lain adalah dengan menjaga kebersihan dapur dan mengelap bekas atau kotoran manisan tertumpah. 

Mungkin semut kelihatan kecil dan tidak membahayakan, tetapi dari sudut kesihatan dan agama, berhati-hati itu lebih utama.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Dapur nadi rumah, sudut mesra mata suntik semangat memasak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Papan pemotong kayu pun ada cara menjaganya, cef kongsi petua sapu minyak bebas bakteria dan tahan lama

Terhangat