KUALI | Tip & Trik

Dapur nadi rumah, sudut mesra mata suntik semangat memasak

Lead Image

BAHAGIAN dapur bukan sekadar tempat memasak tetapi nadi kepada sesebuah kediaman.

Apabila dapur kemas dan cantik dipandang, automatik perasaan ingin memasak hidangan yang enak itu timbul.

Sebab itu orang tua selalu berpesan, jika dapur tidak dibersihkan sebelum tidur ia bukan sahaja mengundang serangga dan bau kurang menyenangkan tetapi‘menarik’energi negatif.

Dapur menyimpan seribu kenangan untuk keluarga.

Maka menjaga kebersihan dapur juga adalah satu bentuk ibadah kecil dalam kehidupan seharian.

MENARIK DIBACA: Kecil tapi bahaya kalau termakan, kayu manis ‘ubat’ halau semut

MENARIK DIBACA: Tak boleh telan matcha sebab rasa macam rumput, gyokuro pula lebih manis dan lembut 

Berikut lima kaedah ringkas boleh diamalkan untuk memastikan dapur kekal kemas, selesa dan menjadi pembawa bahagia buat seisi keluarga.

1. Sudut mesra mata

Jika ada ruang di dapur, hiaskan dengan tanaman herba dalam pasu mini untuk menghidupkan suasana hijau.

Selain itu boleh letak bingkai kecil dengan tulisan kata-kata positif menjadikan dapur lebih hidup dan menyuntik semangat ketika memasak.

2. Manfaatkan ruang dinding

Untuk dapur kecil, ruang dinding adalah aset penting.

Pasang rak gantung, cangkuk atau rel magnetik untuk menggantung peralatan memasak, senduk atau pisau bagi menjimatkan ruang kabinet dan memudahkan capaian.

Guna peralatan dapur pelbagai fungsi untuk jimat ruang simpanan.

3. Peralatan pelbagai fungsi

Pilih peralatan dapur boleh digunakan contohnya, periuk tekanan juga boleh jadi periuk nasi atau pengukus. 

Ini membantu menjimatkan ruang simpanan dan mengurangkan kesesakan di atas meja dapur.

Pencayaan baik membantu bangkit suasana dapur tenang.

4. Pencahayaan

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa cahaya juga memainkan peranan membantu dapur kelihatan luas selesa. 

Pastikan dapur cukup terang dengan pencahayaan putih atau cahaya semula jadi dari tingkap. 

Pilih juga pilih warna cat rona tenang memberi ilusi ruang luas selain pasang lampu LED bawah kabinet untuk efek dapur lebih ceria.

Hias mini pantri dengan perabut mudah alih.

5. Mini pantri

Gunakan bekas bertingkat atau rak kecil mudah alih untuk menyusun stok makanan kering seperti minyak, sos atau makanan dalam tin. 

Simpan ikut kategori dan guna prinsip ‘first in, first out’ supaya barang tidak luput tarikh.

Penting beli ikut keperluan bukan berlebih-lebihan kerana selain menjimatkan ruang dapat juga mengurangkan perbelanjaan dapur.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Roti ‘expired’ jangan dibuang, penyelamat serap bau busuk peti sejuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Kecil tapi bahaya kalau termakan, kayu manis ‘ubat’ halau semut

Terhangat