KUALI | Tip & Trik

Roti ‘expired’ jangan dibuang, penyelamat serap bau busuk peti sejuk

Lead Image

MUNGKIN ada di antara kita pernah buka peti sejuk dan tercium bau kurang menyenangkan menusuk ke dalam hidung.

Apa lebih pelik, tiada pula makanan basi namun bau tersebut tetap menusuk ke hidung seolah-olah ada penghuni dalam peti sejuk.

Sebenarnya ada cara untuk menghilangkan bau yang melekat itu dengan menggunakan sekeping roti putih.

Roti yang selalu kita cicah bersama kari atau disapu mentega itu sebenarnya ada kuasa 'magik' tersembunyi.

Roti putih sangat efektif bagi penyerapan bau dalam peti sejuk.

Roti bersifat berliang dan mampu menyerap kelembapan serta bau yang terperangkap dalam ruang tertutup seperti peti sejuk. 

Nak lagi efektif, gunakan roti hampir tamat tempoh yang biasanya sudah sedikit kering dan teksturnya lebih berliang membolehkan menyerap bau dan kelembapan dalam peti sejuk.

Daripada anda membazir baik manfaatkan sebelum ia benar-benar rosak.

Caranya pun sangat mudah, Kuali kongsikan langkah-langkahnya.

MENARIK DIBACA: Tak perlu ke Penang... Jom serbu bazar di Moxy Putrajaya, char kuey teow dan pasembor pun ada!

MENARIK DIBACA: Nasi khao mok RM35 buat pelanggan geleng kepala, peniaga pula ada sebab letak harga tinggi

Peti sejuk yang berbau bukan sahaja mengeluarkan bau busuk malah boleh mendatangkan ketidakselesaan.

1. Ambil sekeping roti putih dan seeloknya gunakan roti yang hampir tamat tempoh.

2. Letakkan dalam pinggan kecil.

3. Pilih sudut peti sejuk yang tidak mengganggu ruang simpanan makanan misalnya dibahagian pintu.

4. Biarkan selama sehari atau dua hari kemudian buang roti dan ganti jika perlu.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Dah puas makan isi, kulitnya jangan dibuang... Ini cara buat baja daripada pangsa durian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Dapur nadi rumah, sudut mesra mata suntik semangat memasak

Terhangat