Kebas kaki dan tangan petanda gula meroket, 3 bahan ini bantu legakan masalah saraf
KEBAS pada bahagian tangan dan kaki merupakan antara simptom gangguan saraf penyakit diabetes disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah.
Gejala ini sering kali dianggap remeh, namun simptom tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh bertambah buruk jika dibiarkan.
Selain melakukan pemeriksaan kesihatan berkala di hospital, pesakit diabetes boleh mengamalkan beberapa petua berkesan bagi membantu mengurangkan rasa kebas dialami.
Tiga bahan yang boleh digunakan adalah daun pandan, serai dan halia yang direbus dan diminum airnya.
Bahan-bahan
- 2 helai daun pandan (diikat)
- 1 batang serai (dititik)
- 1 inci halia (diketuk)
MENARIK DIBACA: [V] Belum pun lancar, koleksi biskut raya premium ini jadi rebutan di Singapura
MENARIK DIBACA: Hanya 2 ulas bawang putih, cili tahan lebih lama dalam peti sejuk
Langkah penyediaan
- Rebus kesemua bahan sehingga mendidih.
- Tapis dan ambil air rebusannya sahaja.
- Biarkan suam dan minum sekali sehari pada waktu malam sebelum tidur.
Bagaimanapun, pesakit diabetes tidak boleh hanya bergantung kepada petua tersebut bagi merawat masalah kebas yang dialami.
Sebaliknya, selain perlu mengambil ubat-ubatan bagi mengawal kandungan gula dalam darah, pesakit perlu mengamalkan gaya hidup sihat.
Ini termasuk mengelak pengambilan makanan yang mengandungi tinggi gula, melebihkan sayur-sayuran dan protein dalam diet.
Selain itu, pesakit juga perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dalam usaha membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.