KUALI | Momen

[V] Belum pun lancar, koleksi biskut raya premium ini jadi rebutan di Singapura

Lead Image

DIKENALI dengan jenama Danish butter cookies selama bertahun-tahun, DMG Food Industries kini menawarkan koleksi biskut raya premium buat pertama kali sempena Aidilfitri tahun ini.

Pengerusi DMG Food Industries, Hassan Saad, berkata, langkah itu dibuat susulan permintaan tinggi daripada pengguna yang mahukan variasi biskut raya berkualiti tinggi.

"Buat pertama kali kami tampil dengan koleksi kuih raya selepas bertahun-tahun mengeluarkan butter cookies.

Hassan (dua dari kiri) bersyukur dengan sambutan membersangkan daripada pengguna.

"Sambutan dan permintaan sangat menggalakkan, cookies kami sudah berada di Singapura walaupun belum dilancarkan," katanya.

Hassan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Minum Petang Rasa-Rasa Cookies Raya pada 9 Januari lalu.

Bagi mengekalkan nilai eksklusif, DMG menetapkan pengeluaran terhad kepada hanya 100,000 pek sahaja.

Setiap pek mengandungi empat jenis biskut premium yang dirumus khas untuk memenuhi cita rasa Aidilfitri.

MENARIK DIBACA: Pasar raya di Korea perkenal konsep 'Haru Hana Banana', elak pisang busuk secara serentak

MENARIK DIBACA: Lembut berinti kelapa, kuih bunga pudak penuh nostalgia

Walaupun dihasilkan di kilang, DMG menegaskan aspek kualiti diberi keutamaan, dengan standard premium dan ‘golden’ yang setanding produk buatan tangan.

"Kami nak buktikan cookies yang dihasilkan secara berskala besar di kilang juga mempunyai rasa premium.

"Yang buat beza rasa biskut, penggunaan bahan seperti mentega yang berkualiti tinggi atau rendah. Itu yang membezakan kami dengan pengeluar lain," ujarnya.

Koleksi biskut raya akan dijual di 14 lokasi strategik di seluruh negara.

Selain penjualan atas talian di beberapa platform digital, DMG merancang menempatkan koleksi biskut raya premium ini di 14 lokasi strategik di seluruh negara, termasuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya utama.

"Usaha itu dilihat mampu memudahkan pengguna mendapatkan produk DMG, khususnya menjelang musim perayaan," jelasnya.

DMG Food Industries turut bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus mengangkat produk tempatan ke tahap lebih tinggi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Sushi Push Pop jadi fenomena di New York, disajikan dalam bekas silinder

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

The Rock Chilli Queen ajar ibu mentua makan budu, puji rasanya lagi sedap daripada cincaluk - “Lepas ni auto kecek Klate”

Terhangat