KUALI | Trending

Pasar raya di Korea perkenal konsep 'Haru Hana Banana', elak pisang busuk secara serentak

Lead Image

PISANG antara buah yang cepat ranum dan akhirnya membusuk jika terdedah terlalu lama walaupun diletakkan pada suhu bilik dengan kadar kelembapan yang tinggi.

Hal tersebu disebabkan oleh gas etilem yang dilepaskan secara semula jadi selepas pisang dituai dan mempercepatkan proses pematangan buah pisang.

Gas etilen yang dilepaskan itu juga akan membuatkan tekstur pisang yang pada awalnya keras, perlahan-lahan bertukar menjadi lembut hanya dalam masa beberapa hari.

Pengguna boleh menikmati sebiji pisang sehari tanpa perlu bimbang buah dibeli busuk secara serentak.

Bagi mengelak perkara itu berlaku, satu langkah inovatif telah diperkenalkan oleh pasar raya E-Mart di Korea Selatan dengan konsep 'Haru Hana Banana' atau sebiji pisang sehari.

Haru Hana Banana merupakan konsep dimana, dalam satu paket diisi enam biji pisang dengan tingkat kematangan berbeza, iaitu pisang yang masih hijau sehingga matang sempurna (kuning).

Tujuannya supaya pembeli boleh menikmati sebiji pisang mengikut kematangannya setiap hari tanpa perlu bimbang jika pisang yang dibeli menjadi busuk secara serentak.

MENARIK DIBACA: [V] Afieq Syazwan elak minum kopi dan teh susu sebelum persembahan, punca tekak berkahak

MENARIK DIBACA: [V] “Saiznya besar-besar!” - Aliff Hot Chicken ayam goreng pasar malam ‘level’ jenama popular

Kaedah yang diperkenalkan oleh pasar raya tersebut telah mendapat pujian kerana menganggap ia idea bijak sekali gus mengelak pembaziran.

"Kini saya boleh makan sebiji pisang sehari tanpa perlu bimbang pisang yang dibeli akan cepat busuk," kata seorang pengguna.

"Sebelum ini saya perlu menghabiskan pisang yang dibeli dalam masa dua hari kerana bimbang jika ia membusuk, tapi sekarang tidak lagi," ujar seorang lagi pengguna.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Macam air mineral biasa, Jepun cipta Tokusui bantu hapus lemak badan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Saiznya mungkin kecil, pisang mas muncul terbaik di dunia

Terhangat