KUALI | Menu Viral

[V] “Saiznya besar-besar!” - Aliff Hot Chicken ayam goreng pasar malam ‘level’ jenama popular

Lead Image

SIAPA kata ayam goreng pasar malam tak boleh lawan rasa restoran terkenal?

Kalau anda belum cuba Aliff Hot Chicken, mungkin anda belum jumpa ‘permata tersembunyi’ yang sebenar!

Walaupun baru lapan bulan diperkenalkan, jenama ayam goreng yang diusahakan oleh sekumpulan anak muda ini sedang mencuri perhatian satu demi satu pengunjung pasar malam sekitar Lembah Klang.

Saiz ayam goreng Aliff Hot Chicken yang besar dengan salutan tepung yang sedap.

Baru-baru ini, team Kuali sempat singgah ke tapak pasar malam Taman Ikan Emas, Cheras dan mencuba sendiri ayam goreng Aliff Hot Chicken.

Ternyata, ia bukan sekadar rupa — saiz ayam memang besar, isinya lembut dan berjus, dan yang paling penting, kerangupan tepungnya ‘on point’!

Menurut wakil Aliff Hot Chicken, resipi tepung dan rempah yang digunakan adalah ciptaan sendiri — hasil eksperimen dan olahan khas untuk menghasilkan ayam goreng yang rangup di luar, juicy di dalam.

Tambahan pula, ayam digoreng segar dan disajikan panas-panas!

MENARIK DIBACA: Video kari ikan punca Mathan Edward dikenali, pegang pesanan Khairul Aming jadi ‘influencer’ berjaya

MENARIK DIBACA: [V] Sedar usia semakin meningkat, Aeril Zafrel tak bertenaga tanpa suplemen - “Badan dah tak macam dulu”

Aliff Hot Chicken hadir dengan tiga pakej iaitu seketul ayam (RM5), dua ketul (RM10) dan set kombo iaitu dua ketul ayam bersama kentang goreng dan sosej (RM13).

Murah? Memang berbaloi! Terutama bila saiz ayamnya hampir dua kali ganda daripada kebanyakan jenama komersial.

Walaupun bermula kecil di pasar malam, Aliff Hot Chicken tidak menolak kemungkinan membuka cawangan tetap pada masa akan datang.

Harga yang ditawarkan juga murah dan berbaloi.

Dengan sokongan pelanggan dan kekuatan rasa yang ditawarkan, tak mustahil ia bakal menjadi antara jenama ayam goreng popular di Malaysia.

Lokasi dan Jadual Jualan Aliff Hot Chicken

Kalau teringin nak rasa sendiri kehebatan Aliff Hot Chicken, ini lokasi dan hari anda boleh serbu mereka:

  • Isnin: Kampung Lindungan PJ & Bandar Baru Sungai Buloh
  • Rabu: Taman Maluri, Kampung Pandan & Selayang Mall
  • Khamis: Taman Ikan Emas, Cheras & Taman Seri Sentosa, PJ
  • Jumaat: Damansara Damai & Subang Perdana
  • Sabtu: Pantai Dalam & Seksyen 8 Kota Damansara
  • Ahad: Taman Medan, PJ & Sunway Mentari
  • Selasa: Tutup/Cuti
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Kombinasi ayam goreng Korea dengan sambal geprek, boleh buat 'hantu pedas' tak senang duduk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Enam jenis bunga ini boleh dimakan! Cef tunjuk cara buat manisan memikat selera

Terhangat