KUALI | Trending

Video kari ikan punca Mathan Edward dikenali, pegang pesanan Khairul Aming jadi ‘influencer’ berjaya

Lead Image

BERBEKALKAN sebuah dapur kecil di halaman rumah dengan latar belakang kebuh yang menghijau, pemuda berbangsa India ini mencuri perhatian rakyat Malaysia dengan video masakannya. 

Dengan gaya penyampaian santai, mesra dan mudah difahami, setiap video yang dikongsikan Mathan Edward membawa penonton "masuk dapur" bersamanya — seolah-olah dia sedang mengajar secara peribadi.

Tiada istilah kedekut ilmu bagi jejaka berusia 32 tahun ini sebaliknya bagi Mathan, kegembiraannya adalah apabila ada yang berjaya hasilkan hidangan lazat berpandukan resipi dia kongsikan.

Namun siapa sangka, perjalanan Mathan sebagai content creator bermula daripada satu titik paling mencabar dalam hidupnya — kehilangan kerja ketika pandemik Covid-19 pada 2021.

Asal Johor Bahru, Mathan membesar dalam keluarga yang menjalankan perniagaan katering. Sejak kecil, dapur sudah menjadi "taman permainan" baginya.

SEBAGAI pempengaruh berbangsa India, Mathan gembira dan terharu apabila video-video masakannya disambut baik oleh semua golongan masayrakat.

"Sejak sekolah rendah lagi saya sudah biasa pegang senduk. Semua adik-beradik saya pandai memasak kerana kami memang dibesarkan dalam suasana dapur yang sibuk,” kongsinya.

Selepas SPM, Mathan terus bekerja sebagai pencuci pinggan dan pembantu dapur.

Pengalaman itu membuka peluang kepadanya untuk menimba ilmu masakan dari pelbagai restoran Cina, Jepun, Melayu – semuanya dijelajahi demi menambah skil.

MENARIK DIBACA: [V] Makan puas-puas dengan set prime platter The Soru Station, 13 menu dalam satu talam gergasi

MENARIK DIBACA: Hanya guna kulit roti canai segera, ini cara mudah buat Portuguese Egg Tart

“Disebabkan kami satu-satunya keluarga India yang tinggal di kampung Melayu, saya biasa dengan lauk-pauk Melayu sejak kecil.

“Jiran selalu hantar makanan ke rumah, dari situlah saya belajar,” katanya.

Mathan turut berpeluang bekerja di Singapura sebagai tukang masak dan menerima gaji yang cukup lumayan – sehinggalah pandemik melanda dan semuanya berubah sekelip mata.

VIDEO masakan yang dihasilkan Mathan terdiri daripada pelbagai jenis menu tempatan dan antarabangsa.

Dari penghantar makanan ke bintang TikTok

Akibat kehilangan pekerjaan, Mathan terpaksa pulang ke tanah air dan demi kelangsungan hidup, dia bekerja sebagai penghantar makanan.

"Saya tak kisah asalkan ada duit untuk teruskan hidup. Tapi memang perit. Bayangkan dari dapur restoran ke jalan raya hantar makanan," kenangnya.

Satu hari, seorang rakan mencadangkan agar dia cuba berkongsi video masakan di media sosial.

Pada awalnya, Mathan ragu-ragu disebabkan tiada keyakinan diri selain berasa malu.

Katanya, dia bukan jenis yang suka muncul di hadapan kamera namun akhirnya dia mencuba.

PENGGUNAAN ayat ringkas dan mudah difahami menjadikan konten masakan yang dihasilkan Mathan disukai ramai.

Video pertamanya? Kari ikan. Dan hasilnya? Luar biasa.

“Video tu viral dalam masa satu jam, cecah sejuta tontonan! Saya sendiri terkejut,” katanya sambil ketawa.

Selepas itu, dia hasilkan pula video ayam masak lemak cili padi, diikuti dengan versi halal bak kut teh menggunakan ayam.

Video tersebut menjadi paling viral dan membuka mata ramai pengikut pelbagai kaum.

MENARIK DIBACA: Wajib cuba! Restoran Cabe Rawit untuk pencinta masakan pedas berapi

MENARIK DIBACA: [V] Macam cucur tapi ada beza bahan-bahan buat bakwan jagung

200,000 pengikut dalam masa dua bulan

Dalam tempoh dua bulan, akaun TikToknya, @mathanedward mengumpul lebih 200,000 pengikut. Namanya mula disebut-sebut, dan jenama-jenama makanan mula menghampiri untuk kerjasama.

Mathan tidak segan untuk mengaku bahawa semua ini bermula dari bawah — tiada pengalaman sunting video, tiada peralatan canggih.

"Semuanya saya belajar sendiri. Keluarga dan kawan-kawan banyak bantu. Saya juga belajar daripada influencer lain," katanya.

MATHAN mula meminati bidang masakan sejak kecil kerana sering ke dapur membantu ibunya memasak di rumah.

Menu tak halal jadi halal

Antara keunikan utama kandungan Mathan ialah kemampuannya mengolah resipi masakan popular yang tidak halal, kepada versi halal — agar semua bangsa dan agama boleh mencubanya.

"Saya suka buat resipi fusion. Ada masakan dari Sabah, Sarawak, Thailand, Jepun, Korea — semuanya saya sesuaikan," jelasnya.

Sebagai pempengaruh berbangsa India, dia bangga melihat kontennya mendapat sambutan merentasi kaum.

Semua adik-beradik saya pandai memasak kerana kami memang dibesarkan dalam suasana dapur yang sibuk.

Mathan Edward

Malah, ramai pengikut berkongsi hasil masakan mereka dan mengakui resipi Mathan menjadi!

Kini mengusahakan katering dan restoran makanan India di Johor Bahru, Mathan menyedari pentingnya ilmu dalam dunia media sosial.

"Minat saja tak cukup. Seperti kata Khairul Aming, content creator perlu tahu lebih dari sekadar masak. Kena belajar pengurusan, pemasaran, promosi dan kewangan juga,” katanya.

Dari seorang penghantar makanan kepada selebriti TikTok, kisah Mathan membuktikan bahawa jika kita tidak malu belajar, bersedia berubah, dan sentiasa berkongsi – rezeki akan datang dalam bentuk yang tak disangka.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Tak sah sambutan Deepavali tanpa manisan... Ini 5 juadah pencuci mulut wajib dihidangkan ketika ‘pesta cahaya’

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Nenek moyang kita tak makan nasi? Ini fakta menarik makanan ruji orang Melayu

Terhangat