KUALI | Video
Wajib cuba! Restoran Cabe Rawit untuk pencinta masakan pedas berapi
KALAU anda pencinta masakan pedas berapi, restoran Cabe Rawit wajib masuk dalam senarai port makan anda.
Dari rasa asam pedas ikan pari menyengat hingga ke udang masak lemak cili padi, dan tidak lupa daging berlado merah empuk, semuanya memang mempunyai identiti rasa tersendiri.
Sambalnya pula hadir dengan pelbagai pilihan, semuanya dibuat menggunakan cili padi yang pedas dan menyengat.
Lebih menarik harga setiap lauk hanya sekitar RM20 sahaja, memang berbaloi untuk dikongsi bersama tiga.
Lokasi: Restaurant Cabe Rawit KLTS Setapak
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Tonton video penuh di YouTube Kuali.