Hanya guna kulit roti canai segera, ini cara mudah buat Portuguese Egg Tart
SIAPA yang tidak tergoda dengan kelezatan Portuguese Egg Tart?
Sajian asal Portugal ini memikat hati dengan gabungan kerak pastri rangup serta inti kastard telur yang lembut dan berkrim.
Rasanya yang manis dengan sentuhan karamel membuatkan setiap gigitan pastri ini bagaikan cair di mulut.
Walaupun menghasilkan doh pastri yang cantik bukanlah perkara mudah namun pempengaruh masakan Che Sayang Kitchen ada trik tersendiri!
Dengan hanya menggunakan kulit roti canai segera dan beberapa bahan ringkas sahaja, anda boleh menghasilkan tart telur Portugal yang lazat dan memuaskan.
Jom, kita lihat resipinya!

Bahan-bahan
- Puff pastry (boleh guna kulit roti canai segera sebagai alternatif)
- 250 ml susu full cream
- 200 ml whipping cream
- 2 biji kuning telur
- 1 biji telur ayam (keseluruhan)
- 3 sudu besar gula pasir
MENARIK DIBACA: Senang betul buat churros, ini rahsia rangup di luar dan lembut di dalam
MENARIK DIBACA: Sedap macam dekat kedai mamak, jom cuba resipi ayam masak bawang
Cara Penyediaan
- Potong puff pastry (atau roti canai segera) mengikut saiz acuan dan tekapkan ke dalam setiap lubang acuan. Biarkan sedikit bahagian tepi naik untuk hasil lebih cantik dan rangup.
- Dalam mangkuk, campurkan susu full cream, whipping cream, kuning telur, telur ayam, dan gula.
- Kacau rata menggunakan whisk hingga sebati. Tidak perlu pukul hingga berbuih, cukup sekadar semua bahan bercampur elok.
- Tapis campuran kastard bagi memastikan tekstur licin dan bebas ketulan.
- Tuang adunan kastard ke dalam acuan berisi puff pastry tadi, kira-kira ¾ penuh.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 20–25 minit atau sehingga bahagian atas sedikit keperangan dan permukaan naik cantik.