KUALI | Pastri

Begedil sumbat puf pastri cipta kelainan, gabungan lokal dan barat

Lead Image

BEGEDIL, makanan ringan klasik sering menjadi kegemaran ramai kerana gabungan rasa kentang lenyek yang lembut dan daging kisar berperisa.

Namun, berbeza dengan resipi begedil dikongsikan pempengaruh masakan, Farnuraa ini sangat berbeza dari biasa.

Memberikan sentuhan kreatif, wanita ini mengabungkan konsep lokal dengan barat dengan memasukkan inti begedil ke dalam lapisan puf pastri rangup dan berlapis.

Kombinasi ini membawa satu dimensi baru kepada rasa dan tekstur.

MENARIK DIBACA: Harga cekik darah kalau beli di festival makanan, tak susah pun buat puding pisang!

MENARIK DIBACA: Makan tanpa ragu-ragu, pankek oren vegan sihat dan menyelerakan

Setiap gigitan memberikan rasa kompleks berbanding begedil biasa lebih lagi dengan kerangupan inti puf pastri dibakar menambahkan kepuasan ketika menjamu.

Kalau tak percaya, boleh cuba hasilkan sendiri menu senang ini.

Bahan-bahan

  • Daging kisar (direbus)
  • Kentang (direbus dan lenyek)
  • Bawang goreng
  • Daun sup (dicincang halus)
  • Puf pastri (sedia buat)
  • Telur
  • Cili merah (dipotong halus)

Cara penyediaan

  1. Tuangkan kentang dilenyek dalam mangkuk besar diikuti dengan daging kisar sudah direbus.
  2. Kemudian tuang bawang goreng dan daun sup lalu digaul sebati.
  3. Di periuk berasingan, susun puf pastri lebih senang guna yang saiz besar.
  4. Sapukan telur pada susunan puf tadi agar kulit pastri rangup selepas dibakar.
  5. Selesai susun, letak inti begedil tadi dan hias permukaan begedil jika mahu.
  6. Bakar pada suhu 180 celsius (bergantung pada ketuhar) selama 25 minit.
  7. Apabila selesai membakar, susun cili merah sudah dipotong halus sebagai penambah rasa. Boleh juga tabur daun sup untuk bangkitkan aroma.
  8. Nikmati puf bersama sambal kicap.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Rasanya kompleks tapi sedap, tak sangka 5 bahan jer nak buat masalodeh

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Hanya guna kulit roti canai segera, ini cara mudah buat Portuguese Egg Tart

Terhangat