KUALI | Pastri

Rasanya kompleks tapi sedap, tak sangka 5 bahan jer nak buat masalodeh

Lead Image

KALAU sebut masalodeh, pasti ramai yang tidak kenal.

Masalodeh atau juga dikenali sebagai vadai merupakan kuih tradisional masyarakat India yang diperbuat daripada adunan kacang dal.

Masalodeh yang berasal dari India Selatan merupakan makanan ringan yang digoreng dan memiliki tekstur garing di luar dan lembut di dalam.

Kuih denga aroma rempah dan mempunyai sedikit sensasi pedas ini sangat popular di Malaysia bahkan menjadi kegemaran ramai tanpa mengira kaum dan bangsa.

Biasanya, masalodeh dimakan begitu sahaja atau digigit bersama cili hijau atau cili api untuk membangkitkan selera dan keenakannya.

Bagi penggemar masalodeh atau vadai, di sini Kuali sajikan resipi kuih tradisional tersebut seperti yang dikongsikan oleh Noor Aishah Razali dalam akaun Facebook @Resipipembukaselera.

MENARIK DIBACA: Jus kunyit bantu cerahkan kulit, kalau tak sanggup ‘telan’ boleh cuba resipi ini

MENARIK DIBACA: [V] Sedar usia semakin meningkat, Aeril Zafrel tak bertenaga tanpa suplemen - “Badan dah tak macam dulu”

Bahan-bahan

  • Kacang dal (direndam)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • Cili kering (dihiris)
  • Daun kari (dihiris)
  • Garam
  • Gula

Langkah penyediaan

  1. Cuci kadang dal sehingga bersih dan rendam selama lebih kurang empat jam. Kemudian tos dan keringkas.
  2. Kisar (kering) kacang dal yang telah direndam hingga halus dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
  3. Campurkan bawang besar, cili kering, daun kari dan jintan manis ke dalam bekas berisi kadang dal yang telah dikisar halus.
  4. Oles sedikit minyak masak pada tangan (supaya tidak melekat) dan bentukkan adunan menjadi bulat. Kemudian tekan sedikit adunan supaya menjadi leper. 
  5. Gunakan api sederhana, goreng adunan yang telah dibentuk tadi sehingga menjadi cokelat keperangan.
  6. Angkat dan toskan. Masalodeh atau vadai biasanya digigit bersama cili hijau. Selamat mencuba!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Kena cuba resipi bebola labu manis Adikfoods, memang tak cukup sepinggan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Begedil sumbat puf pastri cipta kelainan, gabungan lokal dan barat

Terhangat