KUALI | Pastri

Kena cuba resipi bebola labu manis Adikfoods, memang tak cukup sepinggan!

Lead Image

MUDAH, cepat dan sedap! Rupanya dengan guna tiga bahan sahaja, anda boleh buat dan nikmati hidangan minum petang lazat.

Apa kata anda cuba sendiri resipi bebola labu lemak manis yang dikongsikan oleh influencer masakan terkenal @adikfoods.

Bukan orang dewasa sahaja yang suka, anak-anak pun pasti berebut dengan keenakan dan kemanisan bebola labu lemak manis.

Bahan-bahan

  • 1 cawan labu (direbus dan dilenyekkan)
  • 1 paket tepung segera cucur lemak manis
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu

Langkah penyediaan

  1. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas dan gaul sehingga menjadi doh.
  2. Simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit. Tujuannya supaya doh tidak terlalu lembik.
  3. Bulat-bulatkan doh yang disejukan tadi sebesar bola ping pong dan goreng dengan api sederhana.
  4. Ketika gorengan menjadi separuh masak, tekan gorengan tadi dengan belakang sudip supaya bahagian dalamnya masak sempurna.
  5. Biarkan sehingga keperangan sebelum diangkat dan ditoskan.
  6. Siap dan sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Hanya guna roti canai segera, ini cara mudah buat Nutella Twist di rumah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Rasanya kompleks tapi sedap, tak sangka 5 bahan jer nak buat masalodeh

Terhangat