Jus kunyit bantu cerahkan kulit, kalau tak sanggup ‘telan’ boleh cuba resipi ini
KUNYIT atau nama saintifiknya Curcuma longa merupakan tumbuhan herba yang digunakan bukan sahaja sebagai bahan dalam masakan, tetapi juga untuk tujuan perubatan dan kecantikan.
Di India, kunyit dikenali sebagai Indian Gold kerana manfaatnya terutama dari aspek kesihatan dan rawatan penyakit.
Komponen utama daripada kunyit adalah kurkumin yang memiliki sifat antiradang, antioksida, antibakteria dan antikanser.
Cara buat jus kunyit pun mudah, hanya perlu kisar kunyit hidup dan perah untuk mendapatkan jusnya.
Boleh juga dicampur ke dalam jus buah-buahan atau letakkan sedikit madu.
Dalam segmen Petua Nutrisi kali ini, Kuali akan kongsikan lima manfaat dan kebaikan mengamalkan jus kunyit sebagai minuman harian untuk tujuan kesihatan serta kecantikan.

1. Menjaga kesihatan perut
Jus kunyit dapat membantu melancarkan pencernaan selain baik untuk melegakan masalah perut kembung.
Bukan itu sahaja, jus kunyit juga dapat meningkatkan metabolisma tubuh dan membantu menurunkan berat badan.

2. Memelihara kesihatan jantung
Mengamalkan jus kunyit juga membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan sekali gus mencegah risiko penyakit jantung.

3. Mengurangkan inflamasi
Kunyit sangat terkenal dengan sifat antiradangnya. Terdapa beberapa kajian yang dijalankan mendapati kunyit dapat mengurangkan gejala penghidap osteoarthritis atau sakit sendi.
MENARIK DIBACA: [V] Sedar usia semakin meningkat, Aeril Zafrel tak bertenaga tanpa suplemen - “Badan dah tak macam dulu”
MENARIK DIBACA: Aliff Syukri tunjuk cara buat kerabu sare Kelantan… Rasa pedas, masam dan berlemak buat ramai terpikat

4. Dapat memutihkan kulit wajah
Jus kunyit juga diketahui mempunyai manfaat sebagai detoks untuk menyingkirkan toksin dalam badan.
Antioksidan yang terkandung di dalamnya dapat melindungi sel badan daripada kerosakan.
Selain itu, kunyit juga dapat mencerahkan kulit wajah dan memperlahankan tanda-tanda penuaan.
Sebab itulah, banyak produk kecantikan tradisional mengandungi kunyit sebagai bahan utamanya.

5. Meningkatkan sistem imun badan
Mengamalkan jus kunyit juga dapat membantu meningkatkan daya tahan badan kerana memiliki kandungan vitamin dan mineral yang tinggi untuk melawan penyakit.