Tak sah sambutan Deepavali tanpa manisan... Ini 5 juadah pencuci mulut wajib dihidangkan ketika ‘pesta cahaya’
SAMA seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Tahun Baharu Cina, Deepavali yang diraikan oleh penganut agama Hindu juga tidak lari dengan makanan tradisi menjadi simbolik perayaan 'pesta cahaya' itu.
Selain muruku, tidak lengkap rasanya jika tidak dihidangkan makanan berbentuk manisan tradisional yang menjadi simbol identiti kaum India ketika meraikan Hari Deepavali.
Mengikut kepercayaan, menghidangkan manisan ketika Deepavali membawa maksud menyambut berita baik dan gembira selain melambangkan kesejahteraan.
Dalam budaya masyarakat India, manisan sering dihidangkan sebagai pembuka sebelum sesuatu acara atau perayaan dimulakan bagi membawa semangat positif.
Maka tidak hairanlah manisan menjadi elemen penting yang perlu dihidangkan ketika meraikan Deepavali.
Bersempena sambutan Hari Deepavali, Kuali senaraikan lima manisan popular yang dihidangkan sempena menyambut perayaan pesta cahaya.

1. Laddu
Laddu adalah manisan berbentuk bola yang diperbuat daripada bahan seperti tepung, minyak sapi, gula, bijan dan buah pelaga.
Rasannya sangat manis dan dihiasi dengan pelbagai jenis kekacang.

2. Adhirasam
Mempunyai bentuk seakan kuih peneram namun menggunakan resipi yang berbeza.
Adhirasam mempunyai rasa manis dan rempah kerana menggunakan serbuk pelaga.
Antara bahan lain untuk membuat adhirasam adalah tepung beras, gula merah minyak sapi.

3. Nei Urundai
Nei urundai ialah sejenis manisan tradisional berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung kacang dal, minyak sapi, rempah dan buah kismis.
Rasanya manis dan memiliki tekstur yang rapuh.
Nei urundai juga dikenali sebagai ghee ball.
MENARIK DIBACA: Terbeban kos sara hidup tinggi, mahasiswa ini terpaksa makan makanan kucing... Dakwa kaya kandungan protein bina otot
MENARIK DIBACA: [V] Boleh buat bekal bercuti ke luar negara, jom cuba resipi sambal tumis campur 4 dalam 1

4. Jillebi
Jillebi atau jalebi merupakan manisan yang mempunyi bentuk yang mirip sepert muruku, namun memiliki rasa yang sangat manis.
Ia diperbuat daripada doh tepung yang digoreng garing dan kemudian direndam dalam sirap gula pekat untuk menjadikannya manis dan rangup.
Manisan ini lazimnya dimakan panas bersama minuman seperti susu atau teh.
Antara bahan yang digunakan untuk membuat jillebi adalah tepung gandum, tepung jagung, yogurt dan baking soda.

5. Halwa
Halwa merupakan sejenis manisan yang diperbuat daripada tepung gandum, semolina (suji) yang dimasak bersama susu.
Manisan ini turut dicampur dengan bahan rempah seperti kapulaga, buah pala dan saffron dan dihias denga kekacang atau kismis.
Terdapat beberapa jenis halwa yang popular dalam kalangan masyarakat India seperti Gajar Ka Halwa (halwa wortel), Moong Dal Halwa (halwa kacang hijau) dan Tirunelveli Halwa (halwa gandum).