KUALI | Resipi Tradisi

[V] Boleh buat bekal bercuti ke luar negara, jom cuba resipi sambal tumis campur 4 dalam 1

Lead Image

SAMBAL tumis memang menjadi hidangan sederhana sebagai pelengkap dimakan bersama nasi putih dan lauk pauk lain seperti sayur dan ikan goreng.

Selain dimakan bersama nasi putih, sambal tumis juga boleh dinikmati bersama roti dan ia biasanya tahan lama jika dimasak dan disimpan dengan betul.

Maka tidak hairanlah jika hidangan ini sering dijadikan bekalan ketika bercuti di luar negara.

MENARIK DIBACA: [V] Kehidupan susah ‘bentuk’ selera Eman Manan, tak reti jamah makanan manis walaupun asal Pantai Timur

MENARIK DIBACA: Ini rupanya rahsia sambal belacan jadi sedap, buat stok sebulan terus simpan dalam peti ais

Bagi mereka yang gemarkan petai dan tempe, kali ini Kuali kongsikan resipi sambal tumis campur untuk anda cuba sendiri di rumah.

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang (dihiris bulat)
  • 1 bungkus tempe (dihiris nipis)
  • 10 biji petai (dibelah)
  • Segenggam ikan bilis (dicuci bersih)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar gula merah
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Perasa

Langkah penyediaan

  1. Goreng kentang, tempe dan ikan bilis sehingga garing kemudian tos dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris halus sehingga naik bau kemudian masukkan petai. Biarkan seketika sehingga petai menjadi sedikit layu.
  3. Masukkan tiga sudu besar cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan 1 sudu besar gula merah dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Boleh tambah gula pasir untuk kurangkan rasa pedas.
  5. Masukkan sedikit air asam jawa.
  6. Apabila sambal tumis mula kering, masukkan tempe, ikan bilis dan kentang yang telah digoreng kemudian gaul sehingga rata.
  7. Biarkan seketika jika mahu sambal betul-betul garing dengan api sederhana.
  8. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Peach gum resipi rahsia masyarakat Cina miliki kulit cantik dan halus

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

[V] Ini rahsia masak udang harimau lemak cili, tambah kacang panjang lebih sedap

Terhangat