KUALI | Resipi Tradisi

[V] Ini rahsia masak udang harimau lemak cili, tambah kacang panjang lebih sedap

Lead Image

UDANG harimau masak lemak cili api memang antara hidangan istimewa yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.

Bukan sahaja udang yang manis dan kuahnya berlemak, penambahan sayur-sayuran seperti kacang panjang memang menaikkan lagi rasanya.

Tidak perlu lauk lain kalau ada masak lemak cili api, hidangan ringkas sebegini sudah cukup memenuhi selera sesiapa sahaja. 

Untuk mereka yang sukakan masakan pedas, juadah ini memang akan buat anda berpeluh!

Kalau nak lagi sedap, boleh juga makan bersama kicap manis. Memang tak cukup sepinggan nasi dibuatnya. Tak percaya? Jom cuba resipi yang dikongsikan Kuali.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1/2 Bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3-5 tangkai cili padi (lebihkan kalau suka pedas)
  • 1 inci kunyit hidup

Bahan B

  • 10 ekor udang harimau 
  • Kacang panjang
  • 1 biji tomato
  • 1 Batang serai (dititik)
  • Asam keping
  • Daun kunyit (dihiris)
  • 1 kotak kecil santan
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Air (secukupnya)

Langkah penyediaan

  1. Kisar kesemua bahan A sehingga halus kemudian tumis tanpa minyak dengan api sederhana.
  2. Masukkan sebatang serai yang telah dititik dan biarkan sehingga bahan tumis betul-betul matang (masak).
  3. Masukkan kira-kira dua cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tuangkan 1 kotak kecil santan dan perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa secukupnya.
  5. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong-potong bersama asam keping. Biarkan seketika sehingga kacang panjang menjadi empuk.
  6. Masukkan udang harimau yang telah dibersihkan.
  7. Apabila udang harimau bertukar warna (oren kemerahan), masukkan tomato yang dibelah empat.
  8. Akhir sekali taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
  9. Biarkan seketika dan siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

[V] Boleh buat bekal bercuti ke luar negara, jom cuba resipi sambal tumis campur 4 dalam 1

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Sedap macam dekat kedai mamak, jom cuba resipi ayam masak bawang

Terhangat