10 jenis 'cheesecake' popular dunia! Nampak sama, beza rasa, tekstur dan resipi
KALAU sebut kek keju (cheese cake), ramai pasti terbayangkan teksturnya yang lembut, berkrim dan kaya dengan rasa keju.
Bagaimanapun ramai masih tak sedar kek keju sebenarnya mempunyai pelbagai versi di seluruh dunia, masing-masing dengan keunikan dari segi rasa, tekstur dan cara penyediaan.
Ada yang padat dan berkrim seperti New York Cheesecake, tekstur ringan serta gebu seperti Japanese Souffle Cheesecake manakala kek keju Basque Burnt Cheesecake dari Sepanyol pula mempunyai permukaan gelap seakan hangus.
Menurut perkongsian Chef Marykh, terdapat aneka resipi kek keju dari seluruh dunia yang cukup unik untuk dikenali.
“Apa yang paling saya suka tentang kek keju adalah setiap budaya mempunyai cara tersendiri untuk menghasilkan hidangan ini.
“Ada yang padat dan sangat lembut, terdapat juga kek teksturnya ringan dan gebu. Penggunaan bahan juga berbeza serperti keju krim, ricotta, quark atau keju segar. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri," kongsinya di media sosial.
Jom kenali 10 jenis kek keju seluruh dunia:

1. New York Cheesecake – Amerika Syarikat
Kek keju klasik Amerika yang kaya dengan rasa keju, padat dan sangat berkrim dengan tekstur halus.
Lebih enak dinikmati bersama puri buah, sos karamel masin atau buah beri segar mengikut musim.
2. Basque Burnt Cheesecake – Sepanyol
Kek keju terkenal dari Sepanyol yang mempunyai permukaan perang gelap hampir hangus dengan bahagian dalam lebih lembut dan berkrim.
Sesuai dihidangkan bersama buah beri segar, sedikit garam laut atau sos buah yang ringan.
MENARIK DIBACA:Sagu mangga isi melimpah, rasa manis berlemak... Setiap suapan cukup nikmat
MENARIK DIBACA: Banyak khasiat minum air rebusan daun kari, mampu rawat buasir dan cegah bau badan... Tambah halia lagi umphh!
3. Japanese Souffle Cheesecake – Jepun
Kek keju Jepun yang ringan, gebu dan lembut seperti awan ini menawarkan rasa manis tidak keterlaluan.
Kek ini juga sesuai dinikmati bersama buah beri segar, sos buah atau dimakan begitu sahaja.

4. Kasekuchen – Jerman
Kek keju tradisional Jerman ini menggunakan sejenis produk tenusu segar seakan keju lembut, quark.
Teksturnya pula lebih ringan dengan sedikit rasa masam tetapi menyegarkan tekak. Sedap dihidangkan bersama gula aising, buah beri segar atau puri buah.
5. Sernik – Poland
Kek keju tradisional Poland ini menggunakan keju segar yang lazim digunakan dalam masakan dikenali sebagai 'twarog'.
Sesetengah resipinya turut menggunakan kismis. Kek ini sesuai dinikmati bersama buah beri segar dan secawan teh.

6. Ricotta Cheesecake – Itali
Kek keju Itali pula menggunakan keju ricotta bagi menghasilkan tekstur ringan, lembut dan rasa tidak terlalu berat.
Aromanya yang lembut menjadikannya pilihan sesuai untuk pencuci mulut selepas makan.

7. Tourteau Fromager – Perancis
Kek keju tradisional dari Poitou, Perancis lebih mudah dikenali melalui permukaannya yang berwarna hitam gelap.
Kelihatan hangus di bahagian luar, bahagian dala
kek ini sebenarnya memiliki tekstur ringan dan gebu persis kek span.
8. Ostkaka – Sweden
Diperbuat daripada keju dadih, telur dan badam, kek keju tradisional Sweden ini berbeza daripada kek keju biasa.
Ostkaka lazimnya dihidangkan ketika masih suam bersama buah beri dan krim.

9. Ube Cheesecake – Filipina
Kek keju moden dari Filipina ini sedikit berbeza kerana menggunakan sejenis ubi keladi ungu, yang terkenal dengan warna terang serta rasa manis dan berlemak seperti kekacang.
Warna ungunya yang menarik menjadikan kek ini bukan sahaja menyelerakan, malah cantik untuk dihidangkan kepada tetamu.
10. Lviv Syrnyk – Ukraine
Kek keju tradisional dari Lviv, Ukraine ini turut menggunakan twarog sebagai bahan utama.
Lazimnya, kek ini menggunakan resipi tambahan iaitu kismis dan lapisan coklat yang kaya di bahagian atas.
Kek ini sesuai dinikmati bersama secawan kopi dan sedikit kekacang panggang.