Banyak khasiat minum air rebusan daun kari, mampu rawat buasir dan cegah bau badan... Tambah halia lagi umphh!
TANPA daun kari, masakan berasaskan kari terasa tidak lengkap kerana aromanya mampu membangkitkan selera.
Selain sebagai pewangi masakan, mungkin ramai tidak tahu daun kari memiliki banyak manfaat dan khasiat yang baik untuk kesihatan manusia.
Dari aspek kesihatan, tumbuhan yang berasal dari India dan Sri Lanka ini ternyata mempunyai pelbagai khasiat seperti antioksida selain mampu mengawal bacaan gula dalam darah.
Bukan itu sahaja, dengan mengamalkan minum air rebusan daun kari yang dicampur sedikit halia terbukti mampu mengatasi beberapa masalah kesihatan lain serta dapat menjaga kecantikan.

Antara lain manfaat dan kebaikan yang boleh diperoleh hasil daripada mengamalkan minum air rebusan daun kari adalah seperti:-
- Melancarkan pencernaan dan membuang angin dalam badan.
- Membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) .
- Menyingkirkan detoks pada hati dan juga buah pinggang.
- Menguatkan akar rambut serta mengawal pertumbuhan uban pada usia awal.
- Mencegah masalah bau badan dan mulut.
- Merawat dan mengecutkan buasir.
MENARIK DIBACA: Sambal nyok sedap cicah dengan ulam... Tak payah masak, gaul-gaul dah siap!
MENARIK DIBACA: “Ini kerepek ke?” - Pisang goreng nipis buat pembeli bingung, harga pula tak padan dengan rupa
Kaedah untuk menghasilkan air rebusan daun kari juga sangat mudah iaitu dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu daun kari dan halia.
Caranya, masukkan lebih kurang segenggam daun kari yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama satu inci halia yang dititik.
Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga menggelegak. Tapis air rebusan daun kari dan minum ketika masih suam.
Amalkan minum air rebusan daun kari secara konsisten sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.