Sarapan telur rebus dengan avocado, wanita kongsi rahsia anak cepat tinggi dan naik berat
USIA kanak-kanak merupakan fasa penting untuk memastikan mereka mendapat nutrisi mencukupi bagi menyokong tumbesaran.
Pertambahan ketinggian dan berat badan juga haruslah seiring dengan peningkatan usia mereka.
Menerusi satu hantaran di Thread, seorang wanita dikenali sebagai Miinnn mencuri perhatian selepas selepas berkongsi menu sarapan pagi disediakan untuk anaknya.
"Ibu-ibu, kalau nak anak tinggi dan berat naik cepat kena bagi sarapan tinggi protein.

"Senang dan cepat nak buat. Lenyek 1 biji avocado dan 2 biji telur rebus. Lepas tu bagi bagi pisang sebiji," katanya.
Tambahnya, petua tersebut membuahkan hasil apabila anaknya kini mempunyai ketinggian melebihi purata kanak-kanak seusia.
"Terus dapat 500kcal masa sarapan. Anak saya usia 1 tahun 10 bulan berat dah 15 kg dan tinggi 92cm.
MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik
MENARIK DIBACA: Jangan tersilap! Ada beza 'baking soda' dan 'baking powder' dalam membuat kek
"Anak tak selera? Memilih makan? Berhenti semua makanan bergula, jajan dan semua yang bukan real food," kongsinya.
Dalam hantaran sama, wanita itu turut menyarankan ibu bapa untuk memberi kebebasan anak-anak menerokai alam sekitar.
"Rajin bawan pergi taman permain, buka kasut kasi grounding. Kotor boleh basuh.
“Biar dia explore semua dia nak, jangan sikit-sikit tak boleh," ujarnya.