Kerap sembelit dan perut kembung? Boleh cuba air rebusan kulit nanas
JARANG kita dengar ada orang yang makan kulit nanas dan terus membuangnya tanpa berfikir dua kali.
Sebenarnya kulit nanas mempunyai banyak khasiat tersembunyi termasuk mengandungi nutrien baik untuk tubuh manusia.
Misalnya jika direbus atau dijadikan minuman, kulit nanas boleh membantu badan bekerja dengan lebih baik.
Pendek kata, walaupun nampak tidak berguna tetapi kulit nanas sebenarnya sarat dengan pelbagai khasiat.

1. Membantu pencernaan
Kulit nanas mengandungi bromelain iaitu enzim yang membantu memecahkan protein dalam makanan.
Enzim ini membantu memudahkan proses pencernaan dan boleh mengurangkan masalah seperti kembung atau sembelit.
Pengambilan air rebusan kulit nanas boleh memudahkan proses pencernaan.

2. Meningkatkan sistem imun
Vitamin C dan antioksidan dalam kulit nanas membantu melawan radikal bebas dalam tubuh.
MENARIK DIBACA: Bukan sahaja tengok rupa, goncang dan bau antara teknik elak dapat telur tembelang
MENARIK DIBACA: Saiz dapur kecil bukan masalah, ada cara deko agar nampak luas dan praktikal
Ia menyokong sistem imun dan menjadikan tubuh lebih tahan terhadap jangkitan serta penyakit.

3. Mengurangkan keradangan
Enzim eromelain bukan sahaja membantu pencernaan tetapi juga bersifat anti-radang.
Ia boleh membantu meredakan bengkak, sakit sendi dan keradangan ringan dalam tubuh.

4. Menyokong kesihatan jantung
Antioksidan dan enzim dalam kulit nanas boleh membantu mengurangkan risiko pembekuan darah, menyokong kesihatan saluran darah dan meningkatkan peredaran darah sekali gus menjaga kesihatan jantung.

5. Meningkatkan kesihatan kulit
Vitamin C dalam kulit nanas penting untuk penghasilan kolagen yang membantu menyokong penghasilan kulit sihat, lembut dan cerah.
Minum air rebusan kulit nanas atau menggunakannya dalam masker semula jadi boleh memberi manfaat kepada tubuh badan.