KUALI | Nutrisi

Kecil-kecil cili padi... Biji bijan 6 kali tinggi kalsium berbanding susu, bantu kurangkan masalah gastrik

Lead Image

BIJI bijan memang banyak digunakan dalam masakan masyarakat Asia kerana ia memberi bau harum kepada hidangan disediakan.

Namun ramai juga tidak sedar sebenarnya bahan ini antara superfood yang menyimpan pelbagai nutrisi untuk tubuh manusia.

Beberapa kajian menunjukkan biji bijan mengandungi kalsium enam kali lebih tinggi daripada segelas susu yang membantu pembentukan tulang dan gigi sihat dan kuat.

Kebanyakan menu pastri Asia menggunakan bijan sebagai pembangkit selera.

Tidak hanya itu ia juga tinggi dengan kandungan zat besi dan magnesium membantu menyokong fleksibiliti sendi, pembaikan saluran darah dan ketumpatan tulang.

Pengambilan secara konsisten dipercayai dapat menguatkan jantung, mengurangkan keradangan, menstabilkan gula dalam darah, membantu tidur dan sebatian lignan memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Berikut adalah enam khasiat lain biji bijan untuk kesihatan.

Bijan turut membantu meningkatkan penghasilan susu badan

1. Meningkatkan penghasilan susu badan

Kalsium diperlukan oleh wanita menyusukan bayi dan pengambilan bijan secara berterusan dapat meningkatkan penghasilan susu sekali gus membantu menguatkan tulang dan gigi.

Minyak bijan boleh dijadikan sebagai amalan alternatif untuk kesihatan optimum.

2. Tinggi kandungan nutrisi

Walaupun kecil bijan kaya dengan mineral, vitamin, zat besi, protein, folate acid, thiamin dan tinggi kandungan fiber. 

Kandungan nutrisi Ini juga baik untuk membantu ibu yang menyusukan bayi elak dari masalah sembelit. 

Kandungan lemak sihat dalam biji bijan membantu melindungi lapisan perut dan mengurangkan iritasi.

3. Atasi gastrik 

Kandungan lemak sihat atau asid lemak tak tepu tunggal (MUFA) dalam biji bijan membantu melindungi lapisan perut dan mengurangkan iritasi. 

MENARIK DIBACA: Rajin-rajin makan bayam dan ubi keledek, mampu atasi masalah rambut gugur

MENARIK DIBACA: Ada beza cendol Malaysia dan Thailand, campuran air kelapa muda beri kelainan

Kandungan vitamin E juga bertindak sebagai antioksidan kuat membantu mengurangkan keradangan pada perut akibat gastritis.

Cuba amal satu sudu minyak bijan sama ada diminum terus atau dicampur madu untuk mengurangkan pedih ulu hati dan ketidakselesaan bahagian perut.

Khasiat magnesium, vitamin B, antioksidan dan asid amino baik untuk kesihatan sistem saraf.

4. Mengaktifkan sistem saraf 

Khasiat magnesium, vitamin B, antioksidan dan asid amino dalam biji bijan menjadikan ia makanan baik untuk kesihatan sistem saraf. 

Nutrisi ini membantu menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan sekali gus meningkatkan kualiti tidur serta menyokong individu mengalami insomnia.

Individu mengalami masalah arthritis atau sakit sendi sesuai mengamalkan bijan.

5. Kandungan tembaga untuk kurangkan keradangan

Biji bijan mengandungi tembaga memainkan peranan penting dalam mengurangkan keradangan pada sendi, otot dan tulang.

Ini sangat bermanfaat untuk individu mengalami masalah arthritis atau sakit sendi. 

Tembaga juga penting dalam menguatkan saluran darah dan tisu badan.

Bijan juga baik untuk gigi dan tulang.

6. Menyokong usaha turun berat badan 

Bijan antara sumber serat diet tinggi membantu mengawal selera makan dan mengurangkan penyerapan lemak.

Serat dalam biji ini juga menggalakkan metabolisme lebih aktif bahkan membantu proses pembakaran lemak.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Banyak khasiat minum air rebusan daun kari, mampu rawat buasir dan cegah bau badan... Tambah halia lagi umphh!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Buahnya terkenal mencegah kanser, rupanya daun durian belanda lagi banyak khasiat

Terhangat