Sambal nyok sedap cicah dengan ulam... Tak payah masak, gaul-gaul dah siap!
TERDAPAT pelbagai jenis sambal yang biasa kita makan seperti sambal tumis, sambal ikan bilis, sambal belacan, sambal petai dan sambal hijau.
Tapi pernah tak anda cuba sambal nyok atau sambal kelapa? Kalau orang dari negeri sebelah utara terutamanya Kedah pasti tahu akan menu ini.
Sambal ini menggunakan kelapa parut sebagai bahan utama dan dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman.
Cara membuat sambal nyok juga mudah iaitu dengan menggunakan teknik menumbuk tanpa perlu dimasak.
Bagi anda yang ingin mencuba, jom ikut resipi yang dikongsikan Kuali untuk anda cuba sendiri di rumah.
MENARIK DIBACA: [V] Ibu Ruby's tawar hidangan Indonesia autentik, keenakan sate Maranggi sampai termimpi-mimpi
MENARIK DIBACA: Tip tambah biskut kering pekatkan sambal jadi perdebatan, dianggap mengarut dan sudah lapuk
Bahan-bahan
- Kelapa muda (diparut)
- Cili hidup (Boleh guna cili padi kalau suka pedas)
- Bawang merah
- Udang kering
- Belacan
- Garam
- Gula
- Limau kasturi/nipis
Langkah penyediaan
- Tumbuk cili, bawang merah, udang kering dan belacan menggunakan lesung batu sehingga lumat. Anda juga boleh menggunakan mesin pengisar untuk memudahkan kerja.
- Masukkan kelapa parut ke dalam bahan yang telah ditumbuk sehingga lumat tadi dan tumbuk sekali lagi sehingga sebati.
- Perasakan denga garam dan gula. Kemudian perah sedikit limau untuk rasa masam pedas. Anda juga boleh menggunakan air asam jawa jika suka.
- Gaul hingga rata dan siap untuk dihidangkan.