KUALI | Menu Viral

Tip tambah biskut kering pekatkan sambal jadi perdebatan, dianggap mengarut dan sudah lapuk

Lead Image

SIAPA menjangka dua keping biskut kering boleh cetuskan perbalahan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Facebook berkongsi tip memekatkan kuah sambal dengan menggunakan biskut kering yang ditambah ke dalam masakan.

Dipercayai biskut itu boleh memekatkan dan menyedapkan sambal tanpa perlu menggunakan bahan lain.

Bagaimanapun tip itu menimbulkan ketegangan dan perdebatan hangat dalam kalangan netizen terutamanya dalam kalangan mak-mak.

Perkongsian tip masakan seorang wanita menggunakan biskut menjadi perdebatan hangat.

Ramai mendakwa tip dikongsikan itu sudah lapuk dan ada cara lebih baik untuk memekatkan dan menyedapkan sambal tumis.

Tidak hanya itu, cara itu dianggap tidak sesuai kerana di dalam biskut kering mempunyai bahan pengawet dan perisa tiruan yang merosakkan rasa tradisional masakan.

Menerusi perkongsian video tip masakan Siti Khairiah di Facebook, selain sambal tumis kaedah ini juga sesuai untuk memekatkan kuah kacang.

Video pendek dikongsikan ini mendapat lebih 14,000 tanda suka dan 1,800 perkongsian di platform tersebut.

MENARIK DIBACA: “Mentang-mentang tengah FOMO, kau lenjan jual Green Tea Thai!” - Netizen dedah tak semua matcha itu asli

MENARIK DIBACA: Mangga kering banyak manfaat, nak selamat pilih tanpa gula tambahan dan pengawet 

Antara komen pedas lain dinyatakan adalah tindakan wanita ini dianggap mengarut dan disarankan untuk menggunakan tepung jagung bagi memekatkan sambal dimasak.

Netizen turut berpendapat penggunaan biskut kering mengandungi bahan proses tidak sesuai untuk dimasukkan ke dalam masakan harian.

Tidak kurang, ada yang menegur tindakan wanita ini yang menghancurkan biskut menggunakan tangan kirinya dianggap tidak bersih.

Karut masak sambal nak sedap letak biskut. Biskut tu gandum proses, tak sihat kalau makan selalu.

Tip menambah kepekatan sambal guna biskut kering sudah menjadi amalan mak-mak.

Mungkin sebab ramas dengan tangan kiri tu yang sedap,” antara komen netizen.

Perkongsian tip masakan ini membangkit nostalgia apabila ibu dan nenek mereka turut menggunakan teknik sama bagi memekatkan sambal dimasak.

"Mak saya umur 78 tahun, dulu kalau buat sambal kacang mesti letak biskut marie.

"Kalau masak kuah rojak pun boleh juga letak biskut kering untuk tambah kepekatan," komen netizen.

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

RM8 secawan! Muzium di Beijing jual kopi lipas, rasanya tak seteruk disangka

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Campuran kopi dan nasi, 'Bapmericano' mula jadi trend di Korea Selatan

Terhangat