KUALI | Resipi Tradisi

Resipi pakcoy tumis bawang putih ini kena cuba, memang tak pandang lauk lain atas meja

Lead Image

SAYUR-SAYURAN sering dianggap sekadar hidangan sampingan untuk melengkapi lauk utama di meja makan.

Namun, anggapan itu sebenarnya kurang tepat kerana sayur juga boleh dijadikan menu utama yang enak dinikmati bersama nasi putih.

Jika dimasak dengan betul, ia bukan sahaja mengekalkan rasa segar semula jadinya, tetapi turut membekalkan nutrien penting kepada tubuh.

Salah satu hidangan mudah tetapi menambat selera ialah pakcoy tumis bawang putih.

Jom Kuali tunjuk resipi pakcoy tumis bawang putih yang ringkas, beraroma dan menyelerakan.

Sayuran hijau mempunyai pelbagai jenis nutrient baik untuk tubuh.

Bahan-bahan

  • 250g pakcoy muda
  • 4 sudu besar minyak
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • ½ sudu halia (dicincang halus)
  • 1 batang daun bawang (dihiris halus)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu teh minyak bijan
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu kecil pati ayam
  • ½ sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)

MENARIK DIBACA: Kena cuba resipi sambal ikan selar daun kunyit, memang bertambah nasi dibuatnya!

MENARIK DIBACA: Aromanya buat bangkit selera, ini resipi kuih bakar mudah dan sedap

Cara penyediaan

  1. Bersihkan pakcoy dan toskan airnya. Potong sedikit bahagian pangkal supaya setiap helaian terpisah.
  2. Celur pakcoy dalam air mendidih seketika, kemudian masukkan ke dalam air ais supaya kekal rangup dan hijau. Toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  4. Masukkan pakcoy yang telah ditos bersama sos tiram, minyak bijan, lada putih dan garam. Gaulkan sehingga sekata.
  5. Tuangkan stok ayam atau air yang dicampur dengan pati ayam.
  6. Setelah kuah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
  7. Angkat dan hidangkan segera.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi sambal hitam belimbing buluh hanya 4 bahan... Tapi mohon bersabar, proses memasaknya memang lama!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Sambal nyok sedap cicah dengan ulam... Tak payah masak, gaul-gaul dah siap!

Terhangat