KUALI | Resipi Tradisi

Kena cuba resipi sambal ikan selar daun kunyit, memang bertambah nasi dibuatnya!

Lead Image

BIASANYA kalau sudah masuk tengah bulan, kewangan pun jadi semakin terhad sementara menanti gaji seterusnya.

Maka terpaksalah kurangkan makan di luar dan mulalah muncul macam-macam menu hendak dimasak di rumah.

Biasanya ramai akan pilih resipi yang ringkas dan tidak menggunakan bahan yang banyak sebagai salah satu langkah berjimat.

Aroma wangi daun kunyit menambahkan kesedapan hidangan

Jika buntu nak masak apa, Kuali cadangkan agar cuba sambal ikan selar daun kunyit yang bukan sahaja ringkas tapi memang boleh buat bertambah nasi!

Menunya mungkin nampak ringkas tapi aroma daun kunyit sudah cukup membangkitkan selera.

Jom Kuali tunjukkan resipi mudah, macam mana nak masak sambal ikan selar daun kunyit di rumah.

Bahan-bahan

  • 10 ekor ikan selar
  • 3–4 sudu makan cili boh
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili hijau
  • 1–2 labu bawang besar
  • 2–3 ulas bawang putih
  • 1 helai daun kunyit, diracik halus
  • 2–3 sudu makan sos cili
  • Sos ikan secukupnya
  • Serbuk perasa
  • 1–2 biji limau kasturi
  • Minyak masak

MENARIK DIBACA: Ikan kembung percik enak, juadah tradisional penuh aroma

MENARIK DIBACA: Che Nom ajar cara mudah masak siakap stim, siap ada tip bagi isi ikan lembut

Cara penyediaan

  1. Lumurkan ikan selar dengan garam dan serbuk kunyit hingga rata. Panaskan minyak dan goreng ikan selar hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar kasar cili merah, cili hijau, bawang besar dan bawang putih. Ketepikan.
  3. Buang sedikit lebihan minyak menggoreng ikan selar. Tumis cili boh hingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan bahan yang dikisar tadi. Gaul rata dan masak hingga sambal pecah minyak.
  5. Taburkan daun kunyit. Masukkan sos cili, sos ikan dan serbuk perasa. Kacau sebati.
  6. Masukkan ikan goreng. Gaul perlahan supaya ikan tidak hancur.
  7. Tutup api dan perahkan jus limau kasturi. Gaul sekali lagi hingga semua rasa sebati.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Sambal nyok sedap cicah dengan ulam... Tak payah masak, gaul-gaul dah siap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Rasanya berlemak menggoda selera, ini resipi akok cara orang Kelantan

Terhangat