“Ini kerepek ke?” - Pisang goreng nipis buat pembeli bingung, harga pula tak padan dengan rupa
DAPAT makan pisang goreng sebagai snek waktu petang selepas pulang bekerja memang asyik. Hendak pula kalau dapat yang panas-panas memang ngam.
Rasanya yang manis dan rangup daripada salutan tepung membuatkan pisang goreng digemari semua golongan.
Tapi baru-baru ini, perkongsian seorang lelaki tentang pengalamannya membeli pisang goreng di sebuah gerai di tepi jalan di Setia Alam, Selangor mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Mana tidaknya, lelaki dikenali sebagai Dollah Ghani itu berkongsi rupa pisang goreng yang dibeli berbeza daripada kebiasaan.

Menerusi gambar yang dikongsi, pisang goreng tersebut kelihatan sangat nipis dan lebih kepada kerepek.
Lebih mengecewakan ia dijual dengan harga RM1 untuk tiga keping pisang goreng dan dianggap tidak berbaloi.
"Beli pisang goreng untuk minum petang. RM1 untuk tiga keping, nipis macam kerepek," tulisnya menerusi hantaran di Facebook.
Perkongsian tersebut mencetus perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial yang bukan sahaja mempertikaikan rupa bentuk pisang goreng tersebut.
MENARIK DIBACA: Artritis bukan penyakit warga emas, orang muda pun banyak kena! Boleh amal 5 makanan ini elak sakit sendi
MENARIK DIBACA: [V] Syurga makanan Timur Tengah di Halab Gate, harga pula mesra poket!
Ramai berpendapat ia tidak layak dijual sebagai pisasng goreng kerana terlalu nipis dan tidak berbaloi.
"Peniaga pisang goreng nipis-nipis melayang ni enis nak pergi haji balik hari agaknya.
"Tergamak dia jual macam itu dekat pelanggan. Tak rasa berdosa ke?
"Ini pisang goreng ke kerepek pisang? Nipis sangat," antara komen netizen.