Bahaya makan nasi lemak disimpan lama lepas dibeli, nampak elok sebenarnya dah tercemar
AMALAN suka menyimpan lama nasi lemak yang dibeli pada waktu pagi sebenarnya boleh mengundang bahaya terhadap kesihatan.
Menurut perkongsian seorang pegawai farmasi dikenali sebagai Jasmin, pengambilan nasi lemak yang sudah dibungkus selama enam jam berisiko menjejaskan kesihatan walaupun sajian ini sudah dipanaskan dan kelihatan baik.
Jelasnya, terdapat sejenis bakteria yang secara semula jadi ada dalam beras dikenali sebagai Bacillus cereus.
"Apabila dimasak, bakteria ini akan mati tetapi spora masih ditinggalkan.

"Contohnya, nasi lemak dibeli waktu pagi, dibiarkan di meja pejabat. Cuaca di negara kita pula panas dan keadaan ini boleh mengakibatkan spora bakteria akan tumbuh cepat dan jadi aktif semula.
"Keadaan ini menjadikan nasi kemak dibeli tadi tidak selamat untuk dimakan. Paling bahaya sekali, keadaan nasi nasi lemak masih mengekalkan rupa, bau dan rasa yang normal," kongsinya di media sosial.
MENARIK DIBACA: Peti sejuk susu paling belakang, buah letak depan! Ramai tak sedar 'strategi' pasar raya
MENARIK DIBACA:Lelaki maut makan manisan 'inti' bahan letupan, biasa diguna untuk buru babi hutan
Dia memberitahu, keadaan nasi lemak dibungkus terlalu lama juga boleh mengakibatkan keracunan makanan dengan gejala muntah, cirit birit dan demam panas.
Kongsinya lagi, nasi lemak yang dipanaskan dalam gelombang ketuhar juga tidak akan terjamin selamat.

"Jadi, makan nasi selamat sebenarnya selamat, tapi bergantung pada cara anda menyimpan nasi berkenaan.
"Lebih baik pastikan anda simpan nasi lemak dalam peti sejuk atau kawasan yang lebih sejuk supaya spora bakteria berkenaan tidak tumbuh," jelasnya lanjut.
Bagi mengelak risiko keracunan makanan akibat bakteria, lebih baik habiskan nasi sejurus dibeli.
TRIVIA
Cara Bacillus cereus mencemari nasi lemak:
- Spora tahan haba- Beras mentah secara semula jadi sering mengandungi spora Bacillus cereus yang tidak mati walaupun nasi dimasak.
- Pembiakan di zon bahaya - Apabila nasi lemak dibiarkan pada suhu bilik (antara 5 darjah celsius hingga 60 darjah celsius) melebihi tempoh 2 jam hingga 4 jam, spora ini akan aktif, membiak dengan pantas dan menghasilkan toksin dikenali sebagai cereulide.
- Toksin tidak musnah apabila dipanaskan - Nasi lemak dipanaskan dalam suhu tinggi tetap tidak dapat singkirkan toksin yang terbentuk dan tetap boleh menyebabkan keracunan.
- Tiada perubahan fizikal - Nasi yang tercemar dengan toksin Bacillus cereus sering kali masih kelihatan elok, tidak berbau masam dan rasanya tidak berubah.
Gejala keracunan
- Tanda-tanda lazimnya muncul dengan cepat sekitar 1 jam hingga 5 jam selepas makan:
- Mual dan muntah yang teruk
- Sakit dan kekejangan perut
- Cirit-birit
Langkah pencegahan
(Menurut garis panduan keselamatan makanan daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)):
- Patuhi peraturan 2 jam hingga 4 jam. Habiskan nasi lemak dalam tempoh tidak melebihi 4 jam selepas dimasak (atau 2 jam jika cuaca panas).
- Simpan di dalam peti sejuk. Jika tidak dimakan segera, sejukkan nasi dengan cepat dan simpan di dalam peti sejuk pada suhu 4 darjah Celsius atau lebih rendah.
- Panaskan dengan sempurna. Pastikan makanan disimpan sejuk dipanaskan semula sehingga mencapai suhu sekurang-kurangnya 75 darjah Celsius sebelum dimakan.