KUALI | Menu Selebriti

[V] Kehidupan susah ‘bentuk’ selera Eman Manan, tak reti jamah makanan manis walaupun asal Pantai Timur

Lead Image

NAMANYA cukup ikonik dalam dunia perfileman tempatan namun bagi pelakon veteran Eman Manan tiada apa mengubah dirinya.

Malah Eman atau Abdul Manan Embong, 67, sudah terbiasa dengan kehidupan sederhana memandangkan dia membesar dalam keluarga kurang mampu.

Namun kepayahan hidup itu juga mengajarnya erti bersyukur dan merendah diri kerana dia dan adik-beradiknya tidak pernah berlapar.

“Kalau bercakap soal makan, makanan yang murah-murah sahaja. Saya tak makan makanan mahal dan mewah.

Pada usia 67 tahun, Eman masih kelihatan segak dan sihat kerana mengamalkan pemakanan sederhana dan sihat.

“Mungkin sebab saya sudah terbiasa dengan juadah sederhana sejak kecil... Tapi Alhamdulillah walaupun keluarga bukan orang senang tapi saya tak pernah merasa susah.

“Saya masih makan dua kali sehari sama seperti hari ini walaupun tidak mewah,” katanya kepada Kuali.

Aktor yang mencipta nama menerusi filem Matinya Seorang Patriot itu memberitahu sumber makanan diperoleh juga lebih segar dan berkhasiat berbanding zaman sekarang.

MENARIK DIBACA: [V] Masalah kolesterol buka mata Zul Huzaimy... Mula amal minyak kelapa dara, banyak makan ulam-ulaman

MENARIK DIBACA: Kerepek pisang bakar ranggup macam digoreng, mudahnya nak buat hanya guna 3 bahan

“Di kampung saya makan makanan yang segar-segar, tidak ada bahan kimia seprti hari ini.

“Malah jiran-jiran saya juga makan apa yang keluarga kami makan.

“Walaupun serba kekurangan, tapi kami puas dengan apa yang kami ada," ujarnya.

Eman Manan amat menggagumi lelaki yang mempunyai kebolehan memasak kerana menganggap satu kelebihan untuk mereka.

Bercakap tentang rutin pemakanannya hari ini, penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5 itu memberitahu dia tidak gemar makanan dan minuman manis walaupun berasal dari Terengganu. 

"Kalau tanya soal pemakanan, apa yang boleh saya kongsikan sejak dulu saya memang kurang ambil makanan dan minuman manis walaupun berasal dari Pantai Timur.

"Saya percaya makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan akan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

"Tapi ada satu perkara yang suka saya ingatkan, kita jangan lupa tentang takdir oleh ketentuan Allah SWT," kata Eman.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Masih lincah di usia 53 tahun... Air putih rahsia awet muda Norman KRU, dah lama tak sentuh kafein

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Masalah kolesterol buka mata Zul Huzaimy... Mula amal minyak kelapa dara, banyak makan ulam-ulaman

Terhangat