Kerepek pisang bakar ranggup macam digoreng, mudahnya nak buat hanya guna 3 bahan
PISANG barangkali antara buah-buahan fleksibel kerana ia boleh diolah menjadi pelbagai makanan seperti kerepek, makanan ringan, kek, kuih muih serta pencuci mulut.
Dengan rasa manis semula jadi, pisang juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin C, B6, A dan B9.
Pisang juga boleh dijadikan sebagai snek rendah kalori yang enak dan paling penting mudah!
MENARIK DIBACA: [V] Asyik rebus pun bosan juga, apa kata cuba resipi puding kastard jagung
MENARIK DIBACA: Pati oren mampu hilangkan lendir siput sedut dalam masa sejam, ada beza dengan guna perahan limau
Dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja, anda boleh sediakan sendiri snek pisang yang ranggup.
Kalau tak percaya, jom cuba resipi snek pisang seperti yang dikongsikan oleh laman Kata Tengku Media dalam Facebook.
Bahan-bahan
- 2 sikat pisang (sebaiknya pisang tanduk, pisang nangka atau pisang nipah)
- 2 biji telur
- 20 gram tepung jagung
Langkah penyediaan
- Hiris pisang (Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal).
- Campurkan dua biji telur ke dalam tepung jagung dan kacau sebati.
- Celup pisang yang telah dihiris ke dalam adunan tepung.
- Susun di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar pada sudu 170 darjah Celsius selama 30 minit.
- Keluarkan dan sedia untuk dihidangkan! Rasanya lebih sedap berbanding kerepek pisang yang dijual di kedai-kedai.