KUALI | Pastri

Senang betul buat churros, ini rahsia rangup di luar dan lembut di dalam

Lead Image

RANGUP di luar dan lembut di dalam... Itulah keistimewaan churros, kudapan klasik kegemaran ramai!

Snek berasaskan tepung ini dihasilkan menggunakan kaedah seperti choux pastry iaitu adunan lembut yang dimasak kemudian digoreng hingga garing.

Kebiasaannya, churros dihidangkan bersama sos coklat pekat sebagai pencicah yang menaikkan lagi keenakannya.

MENARIK DIBACA: [V] Resipi matcha latte blueberry senang betul, campur chia seed lagi best

MENARIK DIBACA: Tak payah beli! Jom ikut resipi dorayaki cara Che Sayang

Mula diperkenalkan di Sepanyol, kini churros menjadi snek popular di serata dunia dengan pelbagai versi dan cita rasa tersendiri.

Kalau anda teringin nak hasilkan churros gebu dan rangup gaya kafe Sepanyol terus dari dapur rumah, jom cuba resipi mudah ini!

Churros mula diperkenalkan di Sepanyol.

Bahan-bahan

Adunan churros

  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar majerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Gula halus secukupnya (untuk salutan)

Sos coklat

  • 1 cawan whipping cream
  • 1 cawan dark chocolate coin

Cara penyediaan

Churros

  1. Didihkan satu cawan air bersama majerin di dalam periuk.
  2. Bila sudah mendidih, masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati dan tidak melekat pada periuk.
  3. Tutup api dan biarkan doh suam-suam.
  4. Setelah doh tidak terlalu panas, masukkan dua biji telur dan esen vanilla.
  5. Kacau atau pukul hingga sebati menjadi doh lembut.
  6. Masukkan doh ke dalam piping beg (sebaiknya dua lapis untuk elak pecah).
  7. Panaskan minyak dengan api sederhana dan paipkan doh ke dalam minyak.
  8. Goreng hingga warna keperangan dan garing.
  9. Angkat churros dan toskan minyak. Golekkan dalam gula halus semasa masih panas.

Sos coklat

  1. Panaskan whipping cream di atas api perlahan.
  2. Masukkan dark chocolate coin, kacau hingga coklat cair dan sos menjadi likat serta berkilat.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

[V] Macam cucur tapi ada beza bahan-bahan buat bakwan jagung

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Kerepek pisang bakar ranggup macam digoreng, mudahnya nak buat hanya guna 3 bahan

Terhangat