KUALI | Pastri

Tak payah beli! Jom ikut resipi dorayaki cara Che Sayang

Lead Image

SEBUT sahaja dorayaki, pasti kita akan teringat siri animasi Doraemon yang ditonton sejak kecil.

Pastri Jepun berbentuk bulat ini biasanya diapit dengan inti kacang merah dan resipinya agak rumit untuk dibuat.

Namun, pempengaruh masakan Che Sayang Kitchen berkongsi cara penyediaan dorayaki versi mudah menggunakan adunan segera yang boleh dibeli di kedai.

Walaupun ringkas, hasilnya tetap lembut dan gebu, seakan-akan dorayaki yang dijual di gerai tepi jalan di Jepun.

Boleh masukkan pelbagai jenis inti mengikut citarasa masing-masing.

Jom kita lihat resipinya!

Bahan-bahan

  • 1 paket Pancake & Crepe Mix Norainis
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak masak
  • ¾ cawan air

MENARIK DIBACA: Kuih talam sedap dibuat minum petang, tepung kacang hijau rahsia penyedap lapisan santan

MENARIK DIBACA: Kalau beli di kedai mahal harganya, bukan susah sangat buat Strawberi Sando

Cara Penyediaan

  1. Masukkan pancake mix ke dalam mangkuk.
  2. Tambahkan minyak masak, telur dan air.
  3. Kacau hingga adunan sebati dan licin.
  4. Panaskan kuali leper dengan api kecil.
  5. Cedok satu senduk kecil adunan dan tuang ke atas kuali.
  6. Masak hingga muncul lubang kecil di permukaan, kemudian terbalikkan.
  7. Jika permukaan kurang cantik, boleh sapu sedikit mentega.

Cadangan Hidangan:

  1. Sapukan sos coklat atau letakkan aiskrim di tengah, kemudian apit dengan satu lagi dorayaki.
  2. Hidang ketika panas untuk rasa yang lebih enak!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

[V] Asyik rebus pun bosan juga, apa kata cuba resipi puding kastard jagung

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

[V] Puding roti cokelat pisang lembut dan enak, sedap dimakan sejuk-sejuk!

Terhangat