[V] Resipi matcha latte blueberry senang betul, campur chia seed lagi best
BIASANYA kalau beli matcha latte di kafe, harganya boleh mencecah belasan ringgit secawan.
Apa kata cuba buat sendiri di rumah, lebih jimat kerana boleh hasilkan minuman itu berulang kali sampai puas.

Kalau nak lagi menarik, cuba tambahkan jem blueberry ready-made untuk beri kelainan pada rasa.
Kombinasi ini bukan sahaja mencantikkan minuman dengan warna ungu kehijauan yang unik, malah memberi rasa masam manis yang seimbang!
MENARIK DIBACA: Kudapan rangup buat ramai terliur, ini resipi pancake telur ala drama ‘Bon Appetit, Your Majesty’
MENARIK DIBACA: Tak payah beli! Jom ikut resipi dorayaki cara Che Sayang
Jom Kuali tunjuk cara buat blueberry matcha latte sendiri di rumah:
Bahan-bahan
- 1 sudu serbuk matcha
- 1/4 cawan air panas
- 3 sudu jem blueberry (lagi best kalau ada chia seed!)
- Ais secukupnya
- Susu full cream atau susu pilihan anda
Cara penyediaan
- Masukkan 1 sudu matcha dan 1/4 cawan air suam ke dalam mangkuk.
- Kacau (whisk) matcha sehingga sebati.
- Di dalam gelas, letak 3 sudu jem blueberry.
- Masukkan ais secukupnya.
- Tuang susu full cream ke dalam gelas sehingga hampir penuh.
- Perlahan-lahan tuang matcha ke atas susu.