KUALI | Minuman

Cara pembuatan roasted milk tea agak renyah, tapi rasanya memang memikat hati

Lead Image

SUATU ketika dahulu, minuman boba tea pernah menjadi fenomena kerana kelazatannya serta kepelbagaian pilihan perisa.

Antara perisa yang sentiasa menjadi kegemaran ramai ialah roasted milk tea.

Berbeza dengan teh susu biasa, roasted milk tea menampilkan aroma teh yang dipanggang bersama gula karamel.

Serbuk teh yang dipanggang lebih sedap rasanya.

Ia menjadikan rasanya lebih harum, berlemak dan sedikit berasap.

Minuman ini boleh dinikmati begitu sahaja atau ditambah ais dan cincau untuk pengalaman yang lebih menyegarkan.

Jom Kuali kongsikan mudah hasilkan roasted milk tea di rumah.

MENARIK DIBACA: [V] Resipi matcha latte blueberry senang betul, campur chia seed lagi best

MENARIK DIBACA: Smoothie pisang berkhasiat, tambah biskut dan krim lagi sedap!

Bahan-bahan

3 uncang teh (koyakkan, ambil serbuk)

3 sudu besar gula

3 sudu besar susu pekat (ikut tahap kemanisan)

500 ml susu full cream

Cara penyediaan

Masukkan serbuk teh ke dalam periuk dan panaskan dengan api kecil sambil dikacau.

Bila aroma teh mula naik, masukkan gula. Kacau sehingga gula cair dan bertukar keperangan (karamel).

Tuangkan 500 ml susu full cream dan susu pekat, kacau rata selama 2 minit, kemudian tutup api.

Tapis campuran teh ke dalam jag besar. 

Tuang teh ke dalam gelas kecil berisi ais dan tambah sedikit susu full cream mengikut citarasa.

Hidang bersama cincau atau boba untuk lebih menyegarkan!

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Rasa dan keharuman teh buah pelaga menenangkan, jom belajar cara membuatnya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

[V] Resipi matcha latte blueberry senang betul, campur chia seed lagi best

Terhangat