KUALI | Menu Selebriti

[V] Masalah kolesterol buka mata Zul Huzaimy... Mula amal minyak kelapa dara, banyak makan ulam-ulaman

Lead Image

MASALAH kolesterol dihidapi membuka mata pelakon versatil Zul Huzaimy untuk lebih peka tentang soal kesihatannya.

Zul atau Zul Huzaimy Marzuki, 47, memberitahu dia mengetahui tentang masalah kolesterol itu selepas menjalani ujian darah ketika melakukan pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.

Sebagai langkah segera mengubah gaya hidup dan pemakanan, dia mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara sebagai ikhtiar mengatasi masalah tersebut.

“Doktor beritahu bacaan kolesterol dalam darah tinggi berbanding paras sepatutnya.

Zul Huzaimy mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara sebagai ikhtiar untuk atasi masalah kolesterol yang dihidapinya.

“Jadi saya mula amalkan minum minyak kelapa dara setiap hari dan mengikut nasihat doktor.

“Saya minum minyak kelapa dara tiga kali sehari iaitu sebelum makan atau sebelum keluar rumah,” katanya kepada Kuali.

Zul memberitahu dia kini lebih banyak mengambil ulam-ulaman dalam diet seperti tenggek burung, pucuk asam gelugur, kacang botor, ulam raja dan ulam pegaga dalam dietnya.

Pelakon dan pengarah itu juga mula mengurangkan pengambilan minuman bersusu namun tetap mengambil gula dalam jumlah terkawal kerana aktif bersenam.

MENARIK DIBACA: Cef bongkar rahsia omelet hotel sedap, dah boleh buat sendiri dekat rumah!

MENARIK DIBACA: Food truck rakyat Malaysia kena serbu di NZ, nasi lemak bebas gluten kegemaran pelanggan

“Nasi saya ambil separuh sahaja dan kalau ayam, saya akan makan bahagian paha sebanyak empat ketul.

“Saya tetap kena ambil minuman bergula untuk tenaga. Saya pernah ditegur jurulatih kecergasan sebab saya tidak ambil gula.

“Katanya sumber gula perlu untuk tubuh kerana ia membekalkan tenaga, namun dalam jumlah terkawal," kata Zul yang menolak pengambilan makanan proses.

Bercerita lebih lanjut, Zul yang ditemui semasa majlis tayangan media filem 3 Hajat di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini turut berkongsi tentang kelebihannya memasak nasi beriani.

Pada usia 47 tahun, Zul Huzaimy masih kelihatan segak bersama isteri tersayang, Nur Ernawati.

Ujar Zul, jika mempunyai waktu lapang, dia rajin turun ke dapur untuk memasak terutama jika mendapat permintaan oleh ahli keluarganya.

“Kalau saya ada mood atau ikut mana-mana acara, memang saya akan masak beriani terutama beriani kambing atau laksa buyung (kuah laksa yang dimasak dalam periuk tanah).

“Kadang-kala kalau di rumah, keluarga akan minta saya masak kam heong ketam atau tom yam.

“Tom yam saya pula wajib guna udang galah. Kalau guna udang harimau memang tak jadi," katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Kehidupan susah ‘bentuk’ selera Eman Manan, tak reti jamah makanan manis walaupun asal Pantai Timur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Berat badan sudah tahap obesiti... Noraniza Idris ‘buang’ 2 perkara ini dalam diet, banyak minum air putih setiap hari

Terhangat