KUALI | Trending

Food truck rakyat Malaysia kena serbu di NZ, nasi lemak bebas gluten kegemaran pelanggan

Lead Image

SIAPA sangka hidangan kebanggaan rakyat Malaysia iaitu nasi lemak menjadi kegilaan masyarakat di New Zealand.

Itulah kejayaan dikecapi oleh seorang lelaki asal Malaysia iaitu Wei Hong yang tular selepas berkongsi kisah insipirasi membuka trak makanan di sebuah pasar hujung minggu di Motueka.

Beroperasi di bawah jenama Kampung Rojak, Wei Hong bagaimanapun tidak hanya menjual nasi lemak tetapi memperkenalkan versi unik iaitu bebas gluten bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Nasi lemak ayam mendapat perhatian.

Namun dia tetap menyajikan nasi lemak dengan semua bahan-bahan penting seperti kacang dan timun selain ayam goreng tanpa tulang sebagai protein utama.

Wei Hong menjual sepinggan nasi lemak itu dengan harga NZD$15.50 atau sekitar RM40).

Walaupun berdepan pelbagai cabaran pada peringkat awal, termasuk berniaga dari rumah, lelaki itu tetap cekal berusaha dan akhirnya mampu memiliki trak makanan sendiri.

MENARIK DIBACA: Ayam goreng buat kanak-kanak Ireland ini jatuh hati, ibu gigih cari tepung Bestari di Dublin

MENARIK DIBACA: Dah berkarat tapi power! Rupanya ada rahsia masakan jadi sedap guna ‘kuali legend’

“Tujuan asal saya menjual nasi lemak adalah untuk memperkenalkan keunikan sajian Malaysia kepada warga luar.

“Bukan sekadar berkongsi rasa, tetapi biar orang dari negara lain mengenali keunikan selera Malaysia,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial miliknya.

Setiap Ahad, Wei Hong memberitahu akan bangun seawal pukul 4 pagi untuk menyiapkan segala bahan memasak nasi lemak yang kini mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat.

Selain nasi lemak, Wei Hong turut tampil dengan menu burger nasi lemak.

Lebih membanggakan, bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang lalu, Kampung Rojak turut memperkenalkan menu istimewa iaitu burger nasi lemak.

Hidangan itu sebagai cara kreatif untuk memperluaskan lagi pengaruh makanan Malaysia di luar negara.

Usahanya bukan saja menunjukkan keunikan rasa nasi lemak, tetapi juga mencerminkan semangat rakyat Malaysia yang gigih mengangkat budaya tempatan ke persada antarabangsa.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ikan ayu paling cerewet bukan sebab perasan ‘cantik’... Hanya hidup dalam air bersih, rasanya manis macam tembikai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Ada sebab 5 cendawan ini paling mahal di dunia, harganya boleh beli jam tangan mewah

Terhangat