KUALI | Trending

Ayam goreng buat kanak-kanak Ireland ini jatuh hati, ibu gigih cari tepung Bestari di Dublin

Lead Image

KEISTIMEWAAN masakan Malaysia sememangnya tiada tandingan!

Dengan kepelbagaian rempah ratus, teknik memasak dan rasa unik, tidak hairan juadah negara ini turut dikagumi oleh pelancong asing yang datang ke Malaysia untuk bercuti.

Malah ramai yang tidak boleh 'move on' apabila pulang ke negara asal sehinggakan terpaksa mencari restoran Malaysia atau memasak sendiri hidangan tersebut.

Itulah apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki dari Ireland selepas melancong bersama keluarganya ke Malaysia baru-baru ini.

Ibunya memberitahu terpaksa mencari restora Malaysia di Dublin, Ireland

Menurut perkongsian ibunya @samantha.smith di TikTok, kanak-kanak berusia tiga tahun itu seolah-olah jatuh hati dengan kelazatan ayam goreng yang dimasak cara Malaysia.

Malah, sebaik pulang ke Dublin, mereka sekeluarga terpaksa mencari restoran Malaysia semata-mata mahu memenuhi selera anak lelakinya itu.

"Anak kami yang berusia 3 tahun cuba Ayam Goreng di Malaysia dan terus jadi ketagih.

"Balik saja ke Dublin, kami terpaksa cari ayam goreng Malaysia yang terbaik untuk dia," katanya menerusi hantaran di laman TikTok.

MENARIK DIBACA: Pulau Pinang Bandar Street Food Terbaik Asia, kalahkan Hanoi dan Bangkok

MENARIK DIBACA: Tewas’ dengan teh ais Thai, teh tarik minuman ke-34 terbaik dunia 

Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat tidak henti-henti memuji keenakan sajian itu dengan penuh keterujaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia meluahkan rasa bangga kerana masakan negara mampu memikat hati pelancong 'cilik' itu.

Ada yang berseloroh menyarankan keluarga tersebut untuk kembali bercuti ke Malaysia semata-mata mahu menikmati ayam goreng.

Malah ada juga yang menyarankan agar Samantha mencari tepung Bestari di kedai Asia di Dublin bagi memudahkan dia menggoreng ayam cara tempatan. 

"Cuba cari tepung Bestari kat pasar raya Asia dan goreng sendiri kat rumah. Lagi sedap!

"Dia suruh awak dan suami bawa dia pergi Malaysia lagilah itu!

"Budak kecil umur tiga tahun pun tahu kesedapan masakan Malaysia," komen netizen.

Sementara itu, menerusi perkongsian berbeza, Samantha turut menunjukkan anaknya itu dengan berselera menikmati makanan seperti mi goreng, sate, nasi goreng dan air tembikai ketika bercuti di Malaysia.

Malah mereka sekeluarga bertuah apabila bertemu dengan kedai runcit menjual barangan Asia dan membeli pelbagai makanan seperti rempah, minuman tin, snek dan mi segera untuk dicuba.

 

 

 

 

 

 

en netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Lelaki ini tak pernah rasa nikmat makanan, ‘hidup’ telan 8 liter minyak enjin setiap hari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Dah berkarat tapi power! Rupanya ada rahsia masakan jadi sedap guna ‘kuali legend’

Terhangat