Siapa kata ibu baru bersalin tak boleh makan sedap? Ini 5 menu boleh dicuba ketika berpantang 44 hari
PANTANG selepas bersalin adalah tradisi yang masih diamalkan oleh ramai wanita Melayu.
Tempoh berpantang selama 44 hari bukan sahaja bertujuan untuk memulihkan kesihatan ibu tetapi juga memastikan proses penyembuhan berjalan lancar.
Pemilihan lauk dan makanan dalam tempoh ini sangat penting untuk memberikan tenaga, membantu pengeluaran susu ibu dan mempercepatkan proses pemulihan.
Berikut adalah beberapa lauk pantang yang sesuai untuk dimasukkan dalam menu harian sepanjang tempoh berpantang.

1. Ikan tenggiri masak singgang
Ikan tenggiri kaya dengan protein dan asid lemak omega-3 yang baik untuk pemulihan luka dan kesihatan otak.
Masak singgang adalah kaedah memasak yang ringan tanpa menggunakan banyak minyak dan sesuai untuk ibu berpantang.
Sup singgang yang diperbuat daripada rempah ringkas seperti halia, lengkuas dan serai juga membantu memanaskan badan dan mempercepatkan peredaran darah.

2. Sup lobak putih
Lobak putih terkenal dengan khasiatnya dalam membantu penghadaman dan membuang angin dalam badan.
MENARIK DIBACA: 'Struggle' turunkan berat badan, buat IF pun tak jalan... Wanita mula nampak perubahan seminggu selepas amal makan telur rebus
MENARIK DIBACA: Keropok lekor 'gemok' Pasar Payang jadi buruan, isinya padat memang puas makan
Sup lobak putih adalah pilihan lauk ringkas dan mudah dihadam sesuai untuk ibu yang baru bersalin.
Hidangan ini membantu menjaga keseimbangan nutrisi dan memberi kesan menenangkan pada perut.

3. Ikan siakap masak stim
Ikan siakap kaya dengan protein berkualiti tinggi dan rendah lemak.
Memasak ikan siakap secara stim mengekalkan kesegaran dan khasiat ikan tanpa menambahkan minyak yang berlebihan.
Ikan stim juga mudah dicernakan dan sangat sesuai untuk ibu berpantang yang masih dalam proses pemulihan.

4. Daging rebus asam
Daging adalah sumber protein penting untuk pembinaan semula tisu badan.
Hidangan ini sesuai untuk orang berpantang kerna daging rebus asam adalah cara yang baik untuk mengurangkan kandungan lemak dan memastikan lauk tetap berkhasiat.
Asam yang digunakan membantu memberikan rasa segar dan merangsang selera makan ibu.

5. Lempeng oat
Lempeng oat adalah alternatif sarapan yang sihat dan mengenyangkan.
Oat membantu mengawal paras gula dalam darah dan memberikan tenaga berpanjangan.
Ia juga tinggi serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman dan sangat penting bagi ibu baru bersalin agar tidak mengalami sembelit.