Keropok lekor 'gemok' Pasar Payang jadi buruan, isinya padat memang puas makan
KALAU sebut pasal keropok lekor, pasti ramai terus terbayang aroma wangi yang keluar dari kuali panas, rasa kenyal dan padat isi ikan segar.
Walaupun keropok lekor pernah tersenarai dalam kategori snek ‘terburuk’ di dunia, hakikatnya ia tetap menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia dari generasi lama hingga ke anak muda.
Apatah lagi kalau bercakap tentang keenakan keropok lekor asli dari Pantai Timur sememangnya jadi pilihan ramai.

Tak dapat dinafikan, rasanya jauh lebih padu dengan tekstur kenyal, lemak ikan yang terasa dan bau membangkitkan selera.
Biasanya kita jumpa keropok lekor dijual di gerai-gerai tepi jalan agak nipis, kecil dan kadangkala lebih banyak tepung daripada ikan.
Tapi pernah tak anda cuba keropok lekor yang bersaiz gemok, isi padat dan cukup rasa ikan segarnya?
MENARIK DIBACA: [V] Patutlah viral! Penggemar matcha gerenti ‘repeat order’
MENARIK DIBACA: Harga cekik darah kalau beli di festival makanan, tak susah pun buat puding pisang!
Kalau nak tahu di mana boleh nikmati keropok lekor sebegitu jawapannya adalah di Keropok Gemok Pasar Payang.
Walaupun kini sudah membuka cawangan mahupun gerai di sekitar Lembah Klang, keenakan rasanya tetap konsisten sebijik macam rasa original dari Pasar Payang, Terengganu.
Di sini, anda boleh menikmati keropok lekor gemok dan padat yang digoreng panas-panas hanya RM10 untuk 6 keping.

Bagi anda yang ingin bawa pulang atau simpan stok, keropok lekor dalam pek vakum turut tersedia dengan harga RM12 untuk satu pek dan RM20 untuk dua pek memang lebih jimat!
Sudah tentu, makan keropok lekor tak lengkap tanpa sos pencicah istimewa iaitu bahan penting menaikkan lagi rasa dan kenikmatannya.
Sos keropok lekor di sini bukan biasa-biasa.
Bukan sekadar pedas, tetapi turut mempunyai rasa manis dan sedikit masam daripada cuka menjadikannya seimbang dan menyelerakan.
Kalau anda berminat sos ini boleh didapati dengan harga RM9 sebotol.
Kombinasi keropok lekor berlemak dan kaya rasa ikan bersama sos pekat yang melekat sempurna pada setiap gigitan menjadikan nikmat makan lebih buat kerana meresap semasa cecah.