info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Restoran

[V] Makanan sedap, banyak menu... Seronok lepak di kopitiam moden milik Adam Corrie

JIKA berada di Terminal Bersepadu Gombak (TBG), luangkan sedikit masa untuk singgah ke restoran milik selebriti Adam Corrie, Kopihut yang menawarkan konsep kopitiam moden. 

Terletak di aras 2, restoran ini sesuai dijadikan lokasi untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan atau boleh juga dijadikan 'port' makan bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Menariknya, bukan penggemar kopi sahaja yang boleh makan di sini tetapi Kopihut juga sesuai untuk semua kerana menawarkan pelbagai menu.

Tiga menu pilihan Kuali yang wajib anda cuba iaituDry Wanton Noodle BBQ Chicken, Kari Noodle Kopihut dan Kopihut Volcano Rice.

Antara menu istimewa yang wajib dicuba termasuklaj Dry Wanton Noodle BBQ Chicken berharga RM18.90, yang menggabungkan mi wantan kering bersama ayam BBQ.

Selain itu, Curry Noodle Kopihut (RM18.90) juga antara pilihan menarik buat peminat mi berkuah, manakala Kopihut Volcano Rice (RM23.90) pula boleh menjadi pilihan bagi anda yang mahukan hidangan nasi lebih mengenyangkan. 

Tiga menu ini boleh dikatakan antara hidangan yang tak menyesal dicuba ketika berkunjung ke Kopihut.

Saiz setiap hidangan yang disediakan juga besar dan berbaloi dengan harganya.

Bukan itu sahaja, Kopihut turut menyediakan pelbagai lagi pilihan makanan seperti nasi lemak, pan mee, butter rice dan crispy chicken steak, selain aneka minuman serta pencuci mulut. 

Jadi, buat yang sedang mencari lokasi makan di sekitar Gombak, Kopihut di TBG boleh dimasukkan dalam senarai, terutama jika anda mahu menikmati hidangan ala kopitiam moden.

Lokasi: Kopihut Terminal Bersepadu Gombak

Lot No. 3-27, Tingkat 2, Jalan TBG, 68100 Batu Caves, Selangor.

Waktu operasi: 9 pagi hingga 10 malam (setiap hari)

TONTON VIDEO PENUH

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Restoran

Sireh tawar aneka sajian tradisional, pengalaman makan dalam suasana elegan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Restoran

Nasi campur bufet RM8 seorang... Pilih apa saja lauk nak makan, boleh tambah tanpa had

play

Terhangat