Nak cari 'lubuk' kuih tradisi rasa asli? Lori hijau 'legend' Rosdaud 'port' paling tepat
PENDUDUK di sekitar Petaling Jaya, khususnya Kelana Jaya mesti dah kenal sangat dengan sebuah lori hijau yang menjalankan perniagaan menjual aneka kuih muih tradisional, iaitu Rosdaud Kuih.
Memang rambang mata dibuatnya melihat lebih daripada 30 jenis kuih muih tradisional dijual setiap hari.

Menurut pengusahanya yang juga merupakan generasi kedua Rosdaud Kuih, Muhammad Areef Mohd Daud, 34, perniagaan ini diusahakan oleh ibu bapanya, Mohamad Daud Mahidin, 65, dan Rosnah A. Talib,62 sejak 35 tahun lalu.
"Bisnes ini awalnya diusahakan ibu bapa saya 35 tahun lalu dan kini saya menyambung legasi mereka.
"Setiap hari, Rosdaud Kuih menyediakan lebih kurang 30 jenis kuih tradisioal antaranya apam beras, apam puteri ayu, lepat pisang, pulut inti kelapa, koci santan, bingka ubi dan kuih lompang," katanya kepada Kuali.
MENARIK DIBACA: Ada berani nak cuba nasi beriani landak? Nasi lemak unta pun ada di Marican Bistro
MERARIK DIBACA: Tawar 3 jenis sajian ayam, makanan di restoran Illa Sabri rasa macam 'lauk rumah'
Harga yang ditetapkan pula bermula dengan RM0.80 hingga RM1 sebiji mengikut jenis kuih.
Dibuka setiap hari kecuali Ahad dari pukul 12 tengah hari sehingga 7 malam, anda yang tercari-cari 'port' yang menawarkan aneka pilihan kuih-muih tradisional bolehlah datang ke Rosdaud yang terletak berhadapan dengan Giant Kelana Jaya, SS6, Petaling Jaya.
TONTON VIDEO YOUTUBE