KUALI | Sajian Restoran

Ada berani nak cuba nasi beriani landak? Nasi lemak unta pun ada di Marican Bistro

Lead Image

BUAT pemburu makanan eksotik, restoran nasi kandar, Marican Bistro mungkin lokasi tempat makan wajib masuk dalam 'bucket list' anda.

Terletak berhadapan dengan gedung Jakel Mall di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, Marican Bistro mencuri perhatian ramai kerana menghidangkan pelbagai aneka pilihan makanan eksotik antaranya unta, rusa dan arnab.

Bagi mereka yang ingin merasai hidangan landak, di Marican Bistro juga menawarkan hidangan istimewa haiwan berduri itu dengan pilihan cita rasa masakan yang boleh anda pilih.

Kuali berkesempatan berkunjung ke Marican Bistro baru-baru ini tidak melepaskan peluang merasai sediri haiwan eksotik itu buat pertama kali dan memilih hidangan nasi beriani landak masala.

Restoran nasi kandar Marican Bistro baru dibuka sejak sebulan lalu di Jalan Munshi Abdullah, berhadapan dengan gedung Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Aroma nasi beriani yang dihidangkan sangat menggugat selera dengan aroma rempah ratus memikat, sekali gus membangkitkan selera.

Kuantiti nasi beriani landak yang dihidangkan boleh dikatakan agak besar dan boleh dihidangkan untuk dua orang.

Daging yang diberikan juga agak lumayan iaitu antara empat hingga lima ketul bergantung pada saiz.

Ketika disuap ke dalam mulut, rasa daging landak yang dijamah agak mirip dengan daging lembu pada lazimnya, namun terdapat rasa khusus yang sukar untuk digambarkan.

MENARIK DIBACA: [V] Elly Mazlein tukang masak nombor ‘syatu’, setiap hari ke dapur walaupun sibuk

MENARIK DIBACA: Apa agaknya rasa durian dengan tomyam? ‘Oppa’ kata cicah dengan rendang ayam paling sedap

Menurut wakilnya iaitu Syafiq, restoran Marican Bistro baru dibuka kira-kira sejak sebulan lalu dan mula menjadi perhatian buat penggemar daging seperti unta dan landak.

"Sebenarnya menu istimewa kami di sini ialah nasi lemak unta. Tapi stok unta kami agak terhad kerana diimport dari Dubai.

"Pelanggan yang ingin merasai unta boleh menelefon restoran untuk membuat tempahan awal.

"Selain itu kami juga ada menyediakan menu istimewa lain seperti daging arnab, rusa dan landak yang akan dimasak mengikut cita rasa pelanggan," ujar Syafiq.

Antara lauk nasi kandar enak yang ditawarkan ialah kari perut kambing dan kari telur ikan.

Bagi pelanggan yang tidak 'lalu' untuk menikmati  hidangan eksotik yang ditawarkan, mereka boleh menjamu nasi kandar dengan pilihan kira-kira 30 jenis lauk-pauk.

"Antara menu yang boleh dicuba iaitu kari kambing, kari perut kambing dan kari telur ikan," jelasnya.

Dibuka setiap hari, harga untuk hidangan nasi beriani landak adalah antara RM80 hingga RM100.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

Kecomelan Luk Chup cetus fenomena, miniature buah-buahan dan sayuran inti kacang hijau tarik perhatian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

Makan ditemani si bulus, Spring Spring Cafe syurga buat pencinta kucing

Terhangat