KUALI | Trending

Apa agaknya rasa durian dengan tomyam? ‘Oppa’ kata cicah rendang ayam paling sedap

Lead Image

TIDAK semua orang gemar makan durian kerana baunya yang menyengat selain memiliki rasa dianggap aneh dan menjijikkan.

Bahkan mereka yang tidak menggemari durian boleh mengalami sakit kepala sehingga muntah jika terhidu baunya yang kurang menyenangkan.

Namun bagi pecinta durian, raja buah itu dianggap segala-galanya. Bahkan sehingga ada sanggup menikmati keenakan buah bermusim itu dengan pelbagai cara walaupun tidak kena pada tekak orang lain.

Misalnya seperti yang dilakukan oleh seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai Oppa K.

Tomyam durian dan rendang durian antara kombinasi yang dikatakan sedap oleh Oppa.

Menerusi konten yang dimuat naik dalam akaun TikTok miliknya @oppa_k18, lelaki tampan dengan susuk tubuh mempesonakan itu telah menarik perhatian netizen apabila berkongsi cita rasa anehnya menikmati durian dengan kombinasi pelbagai makanan lain.

Menerusi salah satu video yang dikongsikan, lelaki berwajah persis selebriti Korea itu dilihat berselera menikmati hidangan buah durian yang digrill bersama ikan salmon.

Walaupun kelihatan meloyakan tekak namun masakan tersebut dikatakan sungguh enak dan dimakan sehingga tidak meninggalkan sisa!

"Sedap!" katanya sambil bertepuk tangan.

MENARIK DIBACA: ‘Popsicle’ dicipta kanak-kanak 11 tahun, 5 makanan popular ini pula terhasil tanpa sengaja

MENARIK DIBACA: [V] Asyik rebus cicah sos bosan juga, ini resipi kerang cili padi masam manis

Dalam video lain, Oppa berkongsi video menikmati buah durian yang dimakan bersama tomyam.

Menurutnya, kombinasi antara durian dan makanan berkuah asal Thailand itu cukup serasi.

"Rasa pedas dan masam kuah tomyam bergabung dengan rasa manis durian menghasilkan kombinasi yang cukup menyelerakan!" tegasnya teruja.

Tidak terhenti di situ, Oppa turut berkongsi resipi luar kotak fikiran mana-mana tukang masak di dunia apabila menikmati aneka jenis rendang bersama durian Musang King!

Durian yang dimakan bersama air berkarbonat dan salmon durian grill dikatakan memiliki kombinasi rasa unik.

Walaupun kedengaran tidak masuk akal, namun lelaki tersebut mendakwa rendang durian yang dimakan adalah yang paling sedap berbanding dengan rendang-rendang lain.

"Paling sedap! Korang kena try!" katanya sambil menukjukkan ekspresi muka teruja.

Difahamkan, Oppa telah mula menghasilkan video durian yang dimakan dengan pelbagai jenis makanan itu sejak 2023 lagi.

Lebih menarik, ada antara video yang dikongsikannya mencecah jutaan jumlah tontonan termasuk video durian tanghulu yang mendapat 8.2 juta tontonan di TikTok.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Donut susu Malaysia ‘serang’ Indonesia... Habis licin dalam 2 jam, stesen TV sampai buat liputan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Mula berniaga tepi jalan, kini pengusaha Port Banglo Durian Pak Ali raih jualan 19 tan sebulan

Terhangat