KUALI | Trending

Donut susu Malaysia ‘serang’ Indonesia... Habis licin dalam 2 jam, stesen TV sampai buat liputan

Lead Image

DUA tahun lalu, donut susu menjadi fenomena di Malaysia sehingga gerai menjual kuih itu muncul bagai cendawan.

Malah ia turut mencetus kontroversi apabila terdapat segelintir peniaga menggunakan pelbagai taktik bagi menarik perhatian pelanggan.

Donut susu menjadi kegilaan kerana tekstur pastrinya yang gebu dan lembut – digaul pula dengan susu tepung manis menghasilkan rasa lemak berkrim dan memikat selera.

Populariti hidangan itu mendapat perhatian stresen televisyen Trans 7.

Kini trend itu kembali lagi tetapi menariknya ia mencetuskan kegilaan di negara jiran iaitu Indonesia.

Segalanya bermula apabila sebuah gerai tepi jalan dikenali sebagai Rivano Bakeri di Depok menjual donut susu ala Malaysia.

Hidangan itu menjadi bualan hangat di media sosial, sehingga orang ramai sanggup beratur panjang demi merasai sendiri keenakan donat gebu yang dinamakan donat susu Malaysia.

MENARIK DIBACA: Apa agaknya rasa durian dengan tomyam? ‘Oppa’ kata cicah dengan rendang ayam paling sedap

MENARIK DIBACA: Dulu banyak negara larang penggunaan belacan, sekarang jadi bahan utama restoran mewah di Barat

Lebih mengujakan, menurut perkongsian di TikTok, berpuluh-puluh bekas besar donat habis terjual dalam tempoh hanya dua jam!

Dengan harga sekitar Rp8,000 (RM2) sebiji, keunikan donat ini terletak pada saiznya yang jumbo serta pilihan taburan susu tepung pelbagai perisa seperti vanila, coklat dan matcha.

Popuariti hidangan it turut mendapat perhatian media arus perdana di sana selepas stesen televisyen Trans7 tampil membuat liputan khas mengenai kehangatan jualan donat susu Malaysia.

Keunikan donat ini terletak pada saiznya yang jumbo serta pilihan topping menarik.

Sementara itu, rata-rata netizen memberikan pandangan positif mengenai hidangan tersebut bahkan ramai yang meluahkan rasa ingin tahu mengenai kesedapannya.

"Saya dah pergi, walaupun penat beratur tapi berbaloi. Rasa dia memang sedap.

"Teringin nak cuba, ada personal shopper tak yang boleh hantar ke Medan?

"Gara-gara tengok liputan Trans 7, tertanya-tanya juga rasa donat susu Malaysia ini macam mana?" komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Pelik tapi benar! Kentang ‘anak’ tomato hasil perkahwinan genetik 9 juta tahun lalu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Apa agaknya rasa durian dengan tomyam? ‘Oppa’ kata cicah rendang ayam paling sedap

Terhangat