KUALI | Trending

Pelik tapi benar! Kentang ‘anak’ tomato hasil perkahwinan genetik 9 juta tahun lalu

Lead Image

MUNGKIN kedengaran tidak masuk akal tetapi ubi kentang wujud hasil 'perkahwinan' di antara tomato dengan sejenis tumbuhan liar dikenali sebagai etuberosum (keluarga ubi).

Perkara itu dijelaskan oleh sekumpulan penyelidik dari China yang membuat kajian tentang asal usul ubi kentang sebelum mendapati ia mempunyai hubungan keluarga hasil 'perkahwinan' genetik di antara tomato dan etuberosum.

Lebih mengejutkan, kajian diterbitkan dalam jurnal Cell mendapati gabungan genetik antara kedua-dua tumbuhan tersebut berlaku sekitar sembilan juta tahun lalu.

Ketua penyelidik dari Institut Genomik Pertanian Shenzen, China, Profesor Sanwen Huang turut mendapati kentang telah wujud sejak sembilan juta tahun lalu.

Kajian diketuai oleh saintis China bersama penyelidik dari United Kingdom dan Kanada itu mendapati tomato dianggap sebagai gen 'ibu', manakala etuberosum pula mewakili gen 'bapa'.

Ketua penyelidik, Profesor Sanwen Huang dari Institut Genomik Pertanian di Shenzen, China, berkata, hasil 'perkahwinan' antara kedua-dua tumbuhan tersebut akhirnya 'melahirkan anak' iaitu kentang. 

MENARIK DIBACA: [V] Mi goreng sotong Ayishaah Corner air tangan asli ‘Pulau Mutiara’, kalau pekena memang berpeluh!

MENARIK DIBACA: Makan ditemani si bulus, Spring Spring Cafe syurga buat pencinta kucing

Saiz kentang atau istilahnya dipanggil SP6A diwarisi daripada tomato manakala cara pembiakan atau IT1 yang mengawal pertumbuhan batang bawah tanah diwarisi daripada gen etuberosum.

Istimewanya, gabungan antara tomato dan etuberosum ini bukan sahaja 'melahirkan' kentang yang kaya dengan kanji dan air tetapi menjadikan tumbuhan tersebut mampu hidup subur di kawasan tandus.

Ia sekali gus menjadi antara sumber makanan terbesar manusia di seluruh dunia sebagai sumber karbohidrat.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Foto makcik terlelap ketika berniaga undang sebak, sekarang tak cukup tidur layan pelanggan beli nasi lemak... Ada baik hati sedekah duit belanja

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Donut susu Malaysia ‘serang’ Indonesia... Habis licin dalam 2 jam, stesen TV sampai buat liputan

Terhangat