Cara buat sos Thai sedap ala kedai tomyam... Gaul-gaul dah siap!
SOS Thai sememangnya terkenal dengan gabungan rasa masam, pedas dan sedikit manis yang sesuai dimakan dengan aneka makanan.
Sama ada dijadikan pencicah makanan laut, ayam goreng, daging bakar atau cucur, sos ini memang mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Menariknya, untuk membuat sos Thai ini, hanya bahan ringkas diperlukan seperti cili padi, limau nipis, bawang putih dan daun ketumbar.
Kesemuanya dikisar sehingga halus sebelum digabungkan dengan sos ikan serta perasa lain.
Hasilnya anda akan mendapat sos Thai yang pekat, beraroma dan mempunyai keseimbangan rasa yang sempurna untuk melengkapkan hidangan kegemaran anda.

Bahan-bahan
Bahan A
- 10 biji cili padi merah
- 10 biji cili padi hijau
- 1 tangkai cili besar merah
- 1 tangkai cili besar hijau
- 3 biji limau nipis
- 5 ulas bawang putih
- Daun ketumbar (bersama akar)
Bahan B
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu kecil garam
- 4 sudu kecil gula
- Daun ketumbar (dihiris halus)
- Air
MENARIK DIBACA: Resipi perut air asam 'style' orang lama, menu ringkas tapi sedap tak terkata!
MENARIK DIBACA: Pelanggan kecewa... Pesan nasi, tomyam dan telur dadar tapi satu menu pun tak boleh makan!
Langkah penyediaan
- Kisar kesemua bahan A sehingga lumat dan masukkan dalam mangkuk yang sesuai.
- Perahkan limau nipis dalam bahan kisar bersama satu sudu besar sos ikan.
- Tambahkan satu sudu kecil garam bersama empat sudu kecil gula.
- Masukkan daun ketumbar yang dihiris untuk hiasan.
- Tambah 1/4 cawan air dan kacau sehingga sebati.
- Siap untuk dihidangkan.